Parti komponen BN tak bersuara tentang 1Malaysia


Datuk Zaid Ibrahim

Mana-mana Perdana Menteri yang baru suka benar memulakan pemerintahan masing-masing dengan slogan atau ungkapan yang dicipta untuk mencerminkan hala tuju pentadbiran mereka. Tetapi lazimnya slogan itu tidak ada sedikit pun mampu melaksanakan hala tuju atau matlamat mereka.

Slogan “Bersih Cekap dan Amanah” ciptaan Dr Mahathir Mohamad pada awal tahun 1980-an dahulu begitu memberangsangkan tetapi dari era itulah bermulanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi barah pentadbiran negara sehingga ke hari ini. Begitulah juga matlamat melahirkan kerajaan berintegriti dan ketelusan yang diketengahkan sewaktu kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang gagal dari segi pelaksaanaan kerana para pemimipin UMNO tidak bersedia untuk walk the talk. Mereka cuma cakap tak serupa bikin.

Hari ini rakyat dibebankan pula dengan slogan 1Malaysia. Perdana Menteri Najib mencipta slogan baru kerana tidak mahu teruskan slogan Pak Lah. Entah ke mana perginya integriti dan ketelusan. Di mana hilangnya “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”? Menentang rasuah juga tidak lagi kedengaran. Perdana Menteri sekarang berhempas pulas cuba perjelaskan konsep idamannya itu tetapi makin lama makin keliru rakyat Malaysia. Rakyat jelata terus kebingungan. Najib kata 1Malaysia bukan proses asimilasi dengan memberi jaminan identiti kaum dan etnik tidak dilenyapkan. Dia kata teras perpaduan akan dikekal dan diperkuatkan. Dengan lain perkataan Malaysia akan terus melaksanakan prinsip-prinsip kenegaraan kepada semua kaum berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Malah katanya Rukunegara akan kekal sebagai teras kenegaraan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...