Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop”


Zaid Ibrahim

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang bercita cita besar dan dikatakan oleh penyokong nya jauh lebih “bersih” dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman baru mengenai penggunaan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik tak lama lagi.

Ramai menduga beliau akan merombak dasar yang telah diamalkan lebih 6 tahun lalu sejak diperkenalkan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Memang benar ramai anak Melayu masih ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggris dan masalah ini tak boleh selesai dengan hanya mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Permasalahan penguasan Bahasa Inggeris oleh anak Melayu memerlukan satu kajian dan dasar khusus. Ianya tidak boleh dikaitkan dengan isu penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik sahaja.

Kita hairan mengapa selama 6 tahun terlaksana nya dasar tersebut, menteri-menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang mula memperkatakan tentang kelemahan dasar itu.Mereka tidak pernah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap masalah itu. Kalaulah mereka benar-benar memikirkan kepentingan anak-anak kita di sekolah kononnya sekarang mereka rugi belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris; mengapa sebuah dasar yang dikira gagal dan lemah dibiarkan berterusan sebegitu lama? Saya percaya perkara ini timbul kerana isu ini banyak diperkatakan oleh Pakatan Rakyat; jadi inilah cara UMNO dan Barisan Nasional bertindak – nak tunjukan seolah-olah merekalah yang lebih prihatin dan faham dengan isu tersebut.

READ MORE HERE



Comments
Loading...