Perpaduan Melayu- bahagian 3


Oleh SAKMONGKOL AK47

Sikap pimpinan UMNO hari ini, boleh di simpulkan sebagai begini. Kita boleh gambarkan seorang pemimpin tipikal UMNO dengan sombong dan nada keras bertanya: JANGAN DI TANYA APA UMNO BOLEH BUAT UNTUK KITA, TANYA APA KITA BOLEH BUAT UNTUK UMNO.

Terjemahan: UMNO sesuatu yang maha besar yang mesti di dewakan dan di taati secara mutlak. Kita ahli UMNO dan rakyat kususnya orang Melayu adalah jagaan UMNO yang boleh di perlakukan sesuka hati. Ikut sahaja apa UMNO kata. We define life for you.

Rakyat pula ada berperanan berkerja secara kuli batak untuk UMNO. Masa depan kita di tentukan oleh nun di sana, segelintir orang yang berjaya jadi pemimpin, tidak kira bodoh dan korap.

Seperti yang saya sebut, keadaan hari ini tidak membenarkan UMNO berlagak seperti ini. UMNO berdepan dengan reality bahawa ia tidak lagi mempunyai monopoli ketas fikiran dan emosi orang Melayu. Kedua, UMNO berdepan dengan reality bahawa rakyat bebas memilih dan kebolehan memilih yang ada pada mereka, di bantu oleh beberapa perkara yang saya sudah terangkan di atas.

Keadaan reality ini juga sudah tidak membenarkan mana mana pemimpin UMNO mendefinisikan apa apa lagi bagi pihak rakyat. Saya baru mendengar satu rancangan dalam Awani yang melibatkan seorang ketua bahagian, yang mendefinisikan apa erti bersatu dan perpaduan Melayu mengikut kaca mata UMNO. Who gives you the moral authority to define apa itu unity? Inilah contoh pemimpin yang tidak sedar bahawa UMNO sudah tidak ada monopoli keatas menentukan definisi sesuatu lagi. Sebab nya, orang boleh bertanya, jika perpaduan itu lebih penting dari partisan parti, mengapa tidak orang Melayu bersatu di bawah PAS? Kenapa bersatu itu hanya benar dan betul di bawah UMNO?

Soalan yang wajib kita tanya hari ini, apa yang kita boleh lakukan melalui UMNO? Jangan kita tanya apa UMNO boleh buat untuk kita dan jangan kita tanya apa kita boleh buat untuk UMNO. Tanggung jawab untuk mengemudi hidup kita jangan sekali kali kita serahkan kepada parti politik. Kita mesti buat nya dengan usaha kita sendiri.

Sebelum kita pergi jauh- jika parti politik hanya wadah/instrument mencapai mattlmat, parti mana yang kita pilih? Kita pilih parti yang serasi dengan inklinasi dan keyakinan kita. UMNO misalnya, akan terus menjadi pilihan ramai orang Melayu selagi inklinasi majority orang Melayu serasi dengan cara UMNO berjuang. Tapi UMNO akan kehilangan keserasian tersebut jika ia enggan berdepan dengan realiti politik masa kini.

Sebaik sahaja kita menyedari bahawa parti politik adalah suatu instrument untuk mencapai sesuatu matlamat, maka tanggapan kita keatas dakwaan bahawa orang Melayu hanya akan selamat jika PAS dan UMNO bergabung, akan terungkai.

Helo tuan! Melayu akan selamat, jika kita, melalui usaha kita sendiri memperkasakan diri kita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Seperti saya katakan tadi, UMNO tidak boleh lagi mendakwa mereka menolong orang Melayu. Lihat sajalah bukti bukti yang ada di keliling kita. UMNO telah Berjaya meletakkan orang Melayu dalam semua lapisan pelaksana dasar. Namun kedudukan orang Melayu masih ketinggalan. Perkara ini saya sudah sebut dalam bahagian pertama.

Jika PAS mahukan suatu front perjuangan yang bersifat keUMNOan, apa yang perlu mereka buat ialah mengundang penglibatan orang orang yang berminda UMNO. Mereka tidak perlu kepada talent yang ada dalam UMNO sekarang. Mula dengan talent dan bakat baru- mungkin PAS boleh membentuk mereka dengan lebih baik.

Perpaduan Melayu mesti diasaskan diatas prinsip prinsip yang bersifat hidup dan berkekalan. Perpaduan yang bersifat seperti ini, mengatasi penggabungan ekspedient antara parti politik. Bila parti politik bergabung, mereka ada suatu perkara sahaja dalam benak fikiran- mendapat dan mengekal kuasa.

Perkara perkara yang bersifat enduring termasuklah soal Bahasa Melayu umpamanya, soal Agama Islam, soal Raja Raja Melayu. Ini semua sudah terpahat dalam undang undang tubuh Malaysia iaitu perlembagaan kita. Kecuali dari segi jumlah, orang Melayu kurang daripada bukan Melayu, kedudukan perkara perkara ini dari segi perlindungan perlembagaan yang kebal tidak akan terancam.

Jadi apabila TS Muhyidin Yassin berikrar UMNO akan berjuang untuk perkara perkara ini yang SUDAH pun termaktub dalam perlembagaan Malaysia, ikrar tersebut hanya satu political tautology.

Kerjasama antara mereka( parti politik) tentulah membantu kepada perpaduan orang Melayu secara keseluruhan nya. Namun demikian kerjasama tersebut boleh di capai dengan masing masing memainkan peranan yang tersendiri. Prinsip prinsip perjuangan UMNO yang bersifat temporal( duniawi) di perlukan sama seperti prinsip perjuangan PAS yang secara umum nya bersifat, spiritual. Peranan peranan ini paling terbaik di mainkan, jika parti PAS dan UMNO mengekalkan perwatakan masing masing.

Tapi kenapa ada puak PAS bersetuju berkongsi kuasa dengan UMNO?

Saya melihat ada satu sahaja alasan yang boleh menerangkan kesediaan PAS ini. Ianya ialah pengurangan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim. Pengurangan terhadap Anwar Ibrahim ini terjadi oleh beberapa sebab. Pertama, Anwar Ibrahim tidak eksplisit tentang prinsip perjuangan nya. Keasyikan untuk menyukakan semua pihak menjadikan Anwar mahir dalam seni- running with hares and hunting with the dogs.

Kedua, dan mungkin ianya bersifat peribadi, ada golongan dalam PAS menyangsikan integriti moral Anwar Ibrahim sendiri.

Yang mengepalai faksi perpaduan dengan UMNO di ketuai oleh tokoh tokoh besar dalam PAS. Kita ada ada Hj Hadi, Nasharudin, Cikgu Mustafa Ali dan dalam faksi ulama, kita ada Dr Harun Din. Penglibatan tokoh besar dalam PAS ini mesti di beri perhatian serius. Mereka ini semua, rapat dengan Anwar suatu ketika. Harun Din boleh di anggap sebagai spiritual guardian Anwar. Haji Hadi pernah bersama Anwar dalam ABIM. Kesanggupan mereka semua membelakangkan Anwar dalam isiu berkerjasama dengan UMNO ini membayangkan mereka sudah tidak yakin dengan Anwar. Atau persepsi peribadi mereka terhadap integriti moral Anwar mengundang curiga.

Langit pun mendung juga untuk PKR.

READ MORE HERE:

 



Comments
Loading...