Kami dipaksa serah kes kepada polis, kata pegawai keselamatan


Keselamatan Universiti Malaya telah dipaksa menyerahkan kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di universiti tersebut kepada pihak polis tanpa melalui kebenaran dan makluman pentadbiran universiti.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh seorang pegawai yang tidak mahu namanya disebut dalam satu temuramah tertutup.

Contengan yang berlaku di Akademi Pengajian Islam dijumpai oleh seorang pegawai keselamatan pada jam 3.00 pagi, ujar pegawai tersebut lagi.

Suspek pertama Mohamad Izzuddin Hilmi ditahan oleh pengawal keselamatan pada jam 6 pagi. Beliau dipercayai dilihat dalam keadaan meragukan kerana berlegar-legar sekitar akademi tersebut.

Namun, beliau telah dibawa ke Balai Polis cawangan Brickfield bagi siasatan. Kemudian, kira-kira jam 7.30 pagi, tertuduh dilihat dibawa oleh polis bagi membuat pengecaman tindakan contengan tersebut.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna oren sambil digari polis dipercayai mengaku melakukan tindakan tersebut di hadapan contengan protes berkenaan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...