Dr. Khir fail saman terhadap Chang Khim hari ini


(Utusan Malaysia) – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo akan menfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor, Teng Chang Khim berhubung keputusan jawatankuasa itu supaya beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun, hari ini.

Tindakan yang dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam satu mesyuarat yang diadakan di sini hari ini, turut melibatkan kesemua ahli jawatankuasa tersebut.

Katanya, keputusan menggantung beliau serta empat lagi ADUN BN adalah tidak wajar selain melanggar prosedur serta peraturan DUN Selangor.

“Kita (ADUN BN) telah bersetuju, kita akan kumpulkan dana untuk mengambil tindakan saman terhadap beliau (Chang Khim) dan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor.

“Peguam saya akan drafkan satu surat mengenai mengenai perkara ini (saman). Kalau tidak esok atau lusa, kita akan failkan di mahkamah termasuklah mengenepikan keputusan penggantungan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Comments
Loading...