DAP Keluar Dari Kerajaan Pakatan Rakyat? Tunggu Dulu!


By Go Malaysian

Ini adalah petikan pertama saya yang diterjemah dari surat akhbar Bahasa Cina, SinChew Daily, yang dikatankan Racist oleh Utusan Malaysia.

Pakatan Rakyat runtuh kerana sebuah pusat penyembelihan khinzir?

Sekiranya hubungan mereka adalah begitu rapuh, iaitu DAP keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, maka PKR juga akan keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kemudian PAS akan keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kemudian Perak, oh, Perak dah habis dah…

Maksud saya ialah sekiranya sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat di atas bergaduh dan berpecah, akhirnya mereka akan ditakbir semula oleh Barisan Nasional, pada masa itu, mereka semua (Pakatan Rakyat) tidak perlu berebut kuasa lagi kerana mereka bukan lagi Kerajaan Negeri.

Ini bukan gurauan saya semata-mata, memang terdapat pergolakan kuasa di antara PKR dan DAP di Pulau Pinang, begitu juga dengan Kerajaan Selangor, PAS dan PKR juga begitu.

Ini (perkongsian kuasa) adalah benda yang perlu dibelajar oleh Pakatan Rakyat dari Barisan Nasional, ini yang dikatakan kematangan politik.

Politik adalah seperti pengurusan sebuah syarikat, dimana Pengurus syarikat tersebut haruslah berfikiran terbuka dan ke hadapan, manakala orang bawahan haruslah tahu berbincang, memahami kehendak barulah kata sepakat boleh dicapai.

Sekiranya sebuah syarikat mempunyai pendapat yang berbeza, contohnya bahagian pengeluaran produk dan bahangian pembelian bahan mentah mempunyai pandangan yang berlainan, ia akan membawa kepada kerutuhan sebuah syarikat, kerana masing-masing tidak dapat berbincang sesama diri apa kehendak syarikat.

Kedua-dua bahagian tersebut haruslah berbincang dan mencari kata sepakat, inilah yang dikatakan pengurusan yang matang.

Balik kepada isu pusat penyembelihan khinzir, setelah memerhatikan pandangan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak, sebenarnya mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka melakukan sedemikian.

Read more at: DAP Keluar Dari Kerajaan Pakatan Rakyat? Tunggu Dulu! | 退出?且慢!



Comments
Loading...