Manek Urai: PAS kalah jika pengundi luar tak pulang


By Shalehudin

KUALA KRAI, Julai 7 – PAS dijangka akan kalah di Manek Urai jika pengundi luar kawasannya tidak balik mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini.

Menurut sumber, PAS sangat berharap hampir 2,000 pengundi di luar kawasannya itu pulang Julai 14 ini untuk mengundi.Lebih 25 peratus pengundi Manek Urai berada di luar kawasan mengundi itu, dan 70 peratus dari mereka pula mengundi PAS dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mereka pulang mengundi berikutan kebimbangan kalau-kalau kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu jatuh ekoran kempen kuat Umno.

“Mereka menaiki kenderaan yang disiapkan oleh Umno, namun di pertengahan jalan mereka menunjukkan warna sebenar mereka dan mengundi PAS di hari pilihan raya,” kata satu sumber.

Ketika itu, majoriti kerajaan negeri Kelantan hanya satu kerusi sahaja.“Calon PAS, Zakaria Yaakob pula menang di Dun Kemuning dengan majoriti dua undi sahaja,” kata beliau lagi.

Menurut ceritanya pula, dua undi itu datangnya dari sepasang suami isteri penyokong PAS yang pulang dari Sarawak dalam pilihan raya 2004 itu untuk mengundi di Kemuning.

“Atas dasar itulah PAS menang besar dalam pilihan raya 2008, kerana pengundi luar pulang untuk selamatkan negeri Tok Guru,” katanya.

“Kali ini saya yakin, jika mereka tidak pulang sekali lagi untuk mengundi PAS, parti itu akan kalah dalam pilihan raya ini,” kata sumber itu. Menurutnya, daripada hampir 2,000 pengundi PAS yang ada di luar kawasan itu, hampir 700 orang berada di Kuala Lumpur.

Read more at: http://shalehudin.blogspot.com/2009/07/manek-urai-pas-kalah-jika-pengundi-luar.html



Comments
Loading...