Apa Kena Dengan Rosmah Mansor?


Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (isteri Tunku Abdul Rahman) tidak pernah dilihat sebagai beban (burden) kepada suaminya. Begitu juga dengan Tun Rahah Tan Sri Noah (isteri Tun Razak) dan Tun Suhaila Tan Sri Noah (isteri Tun Hussein Onn).

2. Malahan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Mahathir), Datin Seri Endon Mahmood dan Datin Seri Jean Abdullah (kedua-duanya isteri Tun Abdullah Ahmad) pula dilihat sebagai pendokong kuat kerjaya suami mereka – yang semuanya Perdana Menteri. Mereka dilihat sebagai wanita-wanita pertama yang sangat supportive. Imej mereka baik dan mereka disayangi rakyat jelata.

3. Seingat saya, paling teruk pun yang dikutuk dalam kalangan mereka adalah Tun Dr Siti Hasmah. Itu pun kerana dikatakan bahawa Tun Siti Hasmah memakai rambut palsu. Itu sahaja. Ia hanyalah kutukan untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang sakit hati. Tiada lebih.

4. Namun malangnya, wanita pertama negara pada masa ini sangat kontradik. Dia tidak dilihat sebagai aset sebaliknya liabiliti. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara tercinta kita, Malaysia.

READ MORE HERE



Comments
Loading...