Pasca-PPSMI: Lagi RM5 bilion duit kita dan Mahathir masih ada


Oleh Helen Ang, CPI

Kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi 'mengukuhkan' pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, mengikut laporan agensi berita nasional Bernama memetik Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Ia mengumumkan demikian di Dewan Negara kelmarin tatkala sesi soal jawab.

Sebelum ini, RM3.16 bilion dibelanjakan untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Hishamuddin Hussein waktu itu selaku Menteri Pelajaran memberitahu pemberita pada bulan Mac. Daripada jumlah tersebut, RM2.4 bilion dihabiskan atas peralatan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, mengulas rombakan PPSMI pula berkata, “Sekonyong-konyong mereka cuba menutup sebelah mata setelah RM4.5 bilion ringgit dana awam dibelanjakan demi perlaksanaan dasar tersebut walaupun mendapat bantahan segenap lapisan masyarakat”.

PPSMI merupakan satu lagi projek Barisan Nasional. Adakah kita nampak hasil daripada projek mahal-mahal belaka ini, misalan kata, program sepi Rakan Muda yang menelan kos RM0.64 bilion menjangkaui tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 dan ke-9?

Barangkali usaha hendak memperkasakan Bahasa Inggeris ibarat pisang berbuah dua kali. Dijangka prasarana seperti makmal-makmal bahasa akan dibina, dan kemudiannya dilengkapi dengan perisian ICT serta peralatan audio yang kos mereka melangit.

Mengingati komputer (bersalut emas kot) yang dibekalkan bagi PPSMI, mungkin makmal bahasa Inggeris akan menggayakan headphone yang lain daripada yang lain, kononnya (bertatahkan intan permata, jika diikutkan tilikan saya).

READ MORE HERE



Comments
Loading...