Kebenaran Tentang Isu Kg. Buah Pala, Pulau Pinang


Kronologi/Chronology Berikut adalah kronologi penjualan tanah Lot 698, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Kampung Buah Pala daripada maklumat yang di-klasifikasikan:

11/07/2001 – Permohonan dikemukakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah seluas 6.5 ekar. Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah dikeluarkan kepada 30 penama dan terdapat 43 buah rumah di tanah tersebut.
16/07/2001 – Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan menyampaikan kertas cadangan permohonan membeli tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian. Permohonan telah ditolak kerana dua permohonan serupa sebelum ini ditolak.
01/09/2002 – Jawatankuasa Tanah memperaku untuk meluluskan permohonan oleh pihak Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang, menyatakan sebab pemohon adalah koperasi.
11/12/2002 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri menangguhkan keputusan untuk menjual tanah tersebut. Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon meminta MMK (EXCO) mempertimbangan untuk memberi kelulusan kepada permohonan tersebut berdasarkan cadangan yang dikemukakan. Cadangan pembangunan yang dikemukakan adalah untuk membina Pangsapuri 247 unit – Kos Rendah, Pangsapuri 400 unit – Kos Sederhana, dan 12 Unit kedai.
18/08/2004 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah tersebut.
08/06/2005 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang lagi sekali telah meluluskan permohonan untuk membeli tanah tersebut oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang.
12/07/2005 – Harga penjualan tanah ditetapkan sebanyak RM 6..42 juta. Pihak Koperasi membuat rayuan untuk mengurangkan premium sebanyak 50%.
 


Comments
Loading...