Kisah benar di-Lokap


Penahanan Dua Aktivis DEMA

Oleh Ong Jing Cheng, Merdeka Review

Saya Ong Jing Cheng dan seorang kawan saya Yap Heng Lung telah ditahan ketika kami dalam perjalanan ke Akademik Pengajian Islam (API), Univerisiti Malaya untuk berjumpa kawan yang belajar di UM pada jam 8 malam, 12 Julai 2009.

Motorsikal kami rosak ketika menghampiri kolam renang pusat sukan, maka kami terus berjalan kaki ke destinasi. Kami dipanggil seorang yang nampak garang dan tidak beruniform, memperkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan di depan surau API.

Pengawal bercakap dengan suara garang ketika meminta kad pengenalan saya. Saya agak takut dengan orang yang tidak saya kenali dan garang itu. Saya cuba meminta kad identiti dia, tetapi dia menunjuk kad identitinya dengan menutup nombor dengan tangan, namanya Izaham. Oleh kerana dia menutup nombor, saya rasa lagi takut dan mahu terus masuk API untuk berjumpa kawan, tetapi tidak dibenarkannya. Selepas itu, dua orang yang tidak beruniform turut sampai, menambah ketakutan kami.

READ MORE HERE



Comments
Loading...