PPSMI Study : Findings wrongly reported?


Azly Rahman
http://azlyrahman-illuminations.blogspot.com/2009/07/ppsmi-please-verify-if-this-is-true.html

I would like those who have more information on the PPSMI study findings to verify the claim below which appeared as a comment in my blog:

 

Thanks Azly. Allow me to critique the study done by Prof. Isahak Harun and his colleagues from Universiti Pendidikan Sultan Idris.

The study was reported in " Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah", and has yet to be published in any international journal of educational research. It's basically a very kampung-style research, using flimsy methodology and with distorted reporting. Why distorted?? Well let me give you a few examples.

Contoh 1: 

Dilaporkan bahawa "sebahagian besar (purata 70%) pelajar melayu 5 mendapati kurang senang mempelajari Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris" (m.s. 22). Kesimpulan ini dibuat berdasarkan penarafan kendiri oleh pelajar Tahun 5 dengan skala Likert 3 poin, yakni 1=KURANG SENANG DIPELAJARI, 2=AGAK SENANG DIPELAJARI, DAN 3=SENANG DIPELAJARI.

Namun, apabila saya cuba meneliti angka tersebut, sebenarnya terdapat lebih kurang 25% yang mengatakan bahawa sains dan matematik SENANG DIPELAJARI dalam bahasa Inggeris, manakala lebih kurang 33% yang mengatakan sains dan matematik susah dipelajari. Sementara itu, terdapat lebih kurang 42% yang mengatakan sains dan matematik AGAK SENANG DIPELAJARI dalam bahasa Inggeris.

Tetapi, dalam kajian ini (m.s. 22 tadi), kumpulan penyelidik UPSI telah menggabungkan peratusan yang mengatakan "susah dipelajari" (33%) dan "agak senang dipelajari" (42%) sambil merumuskan bahawa lebih 70% pelajar melayu 5 yang mendapati KURANG SENANG mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, berbanding dengan 25% yang mengatakan SENANG DIPELAJARI. Keadaan ini merupakan distorted reporting atau, pelaporan yang memesong dan berniat mengelirukan pembaca.

Rumusan saya ialah, dengan adanya pelaporan yang memesong seperti ini, maka saya sememangnya berasa was-was, ragu-ragu dan syak terhadap dapatan-dapatan lain dalam pelaporan itu. Apa tidaknya, apabila kita mendapati sesuatu restoran itu menggunakan ayam yang TIDAK HALAL, maka secara spontannya segala yang ada dalam restoran tersebut sememangnya boleh diragui!

CONTOH 2:

4:17 AM
Anonymous said…

CONTOH 2:

Dilaporkan bahawa " di kalangan murid Melayu min skor matematik murid di sekolah 'luar bandar' (8.34) lebih tinggi sedikit daripada min murid di 'bandar' (6.57) dan 'pekan besar" (7.07)' … [tetapi] ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan" (ms. 52).

Saya sungguh terkilan apabila kumpulan penyelidik UPSI boleh MENGENEPIKAN dapatan yang menunjukkan pencapaian matematik pelajar luar bandar lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding dengan pencapaian pelajar bandar dan pekan besar. Apa yang mereka jangkakan???? Atau, apa yang ada dalam jangkaan kumpulan penyelidik ini???? Adakan mereka mempunyai prasangka bahawa pelajar luar bandar sememangnya lemah dan lembab dalam matematik, dan keadaan ini sepatutnya lebih teruk dengan penggunaan bahasa Inggeris?? Hello, kenapa tidak cuba mengupas keadaan ini? PENCAPAIAN PELAJAR LUAR BANDAR, sebagaimana yang ada dalam statistik kajian UPSI, ADALAH 20% LEBIH TINGGI DARIPADA PELAJAR BANDAR DAN PEKAN BESAR, DAN ANGKA INI ADALAH JUGA SIGNIFIKAN. Kenapa nak kata "tinggi sedikit" dan seterusnya mengabaikannya? kenapa tidak HIGHLIGHT dapatan kajian ini?

Pelaporan ini sebenarnya bukan sahaja menunjukkan ketidakprofesionalan dalam kalangan penyelidik UPSI, bahkan ianya menggambarkan prasangka buruk yang ada dalam minda dan sanubari kumpulan penyelidik UPSI tentang "budak luar bandar yang lemah dan daif".

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEHARUSNYA MEMBUANGKAN DAPATAN INI KE DALAM TONG SAMPAH DAN TIDAK MENGGUNAKANNYA UNTUK MEMBUAT SEBARANG POLISI PENTING!

OUR USUAL REMINDER, FOLKS:
While the opinion in the article is mine,
the comments are yours;
present them rationally and ethically.
AND — SET ALL I.S.A. DETAINEES FREE]


Comments
Loading...