Betul ke SPRM macam ini..??


Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.

Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

READ MORE HERE



Comments
Loading...