Kerajaan Malaysia harus bekukan SPRM


By Amin Iskandar

Peristiwa kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang dijumpai berhampiran dengan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggemparkan seluruh negara.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Beliau semalam telah dibawa kepejabat SPRM untuk disiasat berikutan dengan tuduhan rasuah kepada Exco Selangor tersebut. Klik disini untuk membaca berita selanjutnya dari Malaysiakini.

Saya sendiri terkejut selepas mendapat tahu mengenai peristiwa ini. Didalam kepala macam-macam perkara bermain. Teringat kembali peristiwa yang melibatkan SPRM satu ketika dahulu. Pada ketika itu, blog ini pernah menulis mengenai “keganasan” SPRM. Klik disini.

Akan tetapi, tidak berniat pula saya nak menuduh sesiapa dibelakang kejadian ini.

Oleh kerana kes ini adalah kes besar dan mempunyai impak terhadap keselamatan negara, kerajaan pimpinan Najib harus segera menubuhkan “Suruhanjaya Bebas” yang dianggotai oleh orang-orang yang neutral dan boleh diterima oleh semua pihak untuk menyiasat secara terperinci mengenai insiden ini.

Selain daripada itu, kerajaan Malaysia perlu “membekukan” tugas SPRM berkuatkuasa serta merta.

Read more at: http://www.aminiskandar.com/?p=2200



Comments
Loading...