Undi Boleh diBeli


Zaid Ibrahim

Selepas keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, banyak penganalisa politik terus memberi pujian kepada Najib Tun Razak dan Barisan Nasional.

Kata mereka populariti Najib sekarang meningkat 65%, dan pemimpin muda UMNO seperti Khairy Jamaluddin pula berkata pengundi muda sekarang telah mula memihak kepada BN. Ada pula yang berkata PAS telah mula retak dari dalam kerana perbalahan kumpulan Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Ada pula yang berkata Pakatan Rakyat yang telah bertengkar sesama sendiri secara terbuka menunjukan komponennya kurang disiplin dan kematangan.

Saya pula berpendapat kemenangan 65 undi itu kepada PAS besar ertinya. Ia menunjukkan kekuatan PAS yang dapat terus bertahan walau diserang dengan pelbagai macam peluru berpandu.

Sebagai pendahuluan, Manek Urai bukan kubu tradisional PAS. Cuma Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih dikenali dengan nama Pak Su Wel, wakil rakyat PAS yang meninggal dunia itu, memang popular dan disayangi orang kampung. Itu saja. Bila dia tak bertanding pada tahun 2004, UMNO menang. Orang di Manek Urai pula kebanyakannya bekerja dan bergantung kepada ehsan Kesedar, agensi kerajaan Pusat yang dikawal rapi oleh UMNO. Orang Manek Urai juga adalah peneroka Felda, satu lagi agensi Pusat dikawal oleh UMNO. Jadi hanya penoreh getah sahaja yang tidak dikawal oleh UMNO. Penganalisa politik tidak boleh membuat andaian semua kawasan di negeri Kelantan adalah kubu kuat PAS.

READ MORE HERE



Comments
Loading...