Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi


(Utusan Malaysia) – Keputusan awal bedah siasat mendapati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30, adalah kerana pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan di luar badan mangsa.

“Siasatan kita kini menjurus kepada bagaimana dan punca Beng Hock terjatuh dari bangunan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kematian mendiang yang mayatnya ditemui kira-kira pukul 1.30 petang di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam petang kelmarin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan menimbulkan tanya tanda.



Comments
Loading...