Ezam pula tuduh DAP bunuh mendiang Teoh Beng Hock?


TIBA-TIBA Ezam raja sesumpah muncul di tengah kekalutan kita memikirkan misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock.

Memang agak lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah ini walaupun kita mengharapkan beliau hadir di Manek Urai sepertimana lazimnya di dalam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan raja sesumpah ini sentiasa membawa `suwey’ atau `badi’ kepada Umno. Tanpa Ezam, `badi’ kurang sedikit dan Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai.

Saya ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh raja sesumpah @ raja kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di Banting, Selangor baru-baru ini. Saya mengulas berdasarkan laporan di dalam blog di sini. Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock,maka dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Saya rasa otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, saya cuba untuk membalas hujah raja sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno itu.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang hanya sebagai saksi. Saya juga tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Hujah Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Ingin kita peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

READ MORE HERE



Comments
Loading...