Perlukan Berapa Beng Hock Untuk Menyedarkan Rakyat Malaysia?


By Go Malaysian

Bukan susah nak cari kes-kes di Malaysia, beberapa contoh disini, laporan kes kugan yang mati di lokap polis, kenapa laporannya penbedahan bertentangan antara 2 doktor? video lingam, apa kesudahannya? keruntuhan Stadium Terengganu, siapa yang perlu bertanggungjawab? kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang masih tidak diselesaikan? Laporan ketua audit negara?…

Sekiranya salah satu daripada kes tersebut berlaku di negara lain, sudah pasti ia akan mengugat sesebuah kerajaan, tapi Malaysia, masih ada rakyat yang melihat isu ini tidak berkait dengan kehidupan harian mereka, dan mereka akan lupa selepas sesuatu masa.

类 似的国家机关缺乏透明度个案,大家可以随手拈来。在警方扣留所内毙命的古甘前后矛盾的验尸报告如何解释?林甘短片的下文怎样了?登嘉楼体育馆坍塌之后应该 由谁负起责任?国州议员夫人俱乐部的各种未解之谜如何解?每年一度的国家总稽查司报告内的各种舞弊迹象……。在国外,上述任何一件事情,都足以让一个政府 倒台;在大马,一些民众却把它当作娱乐八卦新闻来看,热闹过一阵子就算。

Setelah 2 tahun menjadi penulis kolum ini, ini adalah kali pertama saya menulis dengan hati yang penuh kesedihan dan kesusahan.

Pada 16/07, saya telah menerima sms mengenai kes kematian Beng Hock di pejabat MACC, saya tidak dapat mempercayainya dan telah medapatkan kesahihan berita tersebut melalui telefon… Pada petang 15/07, Beng Hock telah dibawa ke pejabat MACC untuk siasatan peruntukan ADUN Seri Kembangan, saya terfikir, ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk mengetahui "rahsiah" bagaimana mereka menjalani sesuatu siasatan dengan menemui Beng Hock selepas beliau dibebaskan.

Namum tidak sampai 24 jam, saya tidak berpeluang lagi untuk menemui Beng Hock.

Saya, begitu juga dengan orang ramai, tidak dapat menerima berita kematian Beng Hock dan timbul pelbagai pertanyaan mengenai bagaimana, mengapa, kenapa kematian Beng Hock.

Sebelum ini, Saya sering bertemu Beng Hock di aktiviti tempatan kerana beliau berkhidmat di Seri Kembangan (Penolong ADUN Seri Kembangan, Eun Yang), maka dengan adanya peluang itu, hubungan kita menjadi semakin rapat, mungkin faktor sebaya juga mendorong kepada itu. Beng Hock adalah remaja yang penuh dengan semangat, kenapa dia harus membunuh diri sedangkan dia telah bercadang untuk bertunang dengan teman wanitanya dan siasatan juga tidak tuju kepadanya.

Terdapat pelbagai soalan yang timbul dari kes ini dan saya tidak mahu berhurai panjang lagi kerana saya menggap media telah memberikan laporan yang lengkap mengenainya. Kes kematian ini adalah berlaku di Bangunan MACC dan masa beliau disiasat oleh MACC, maka bukan caranya untuk MACC menolak tanggungjawab tersebut dengan menjawab mereka "Tak Tahu".

MACC yang sering melaungkan kata pembaharuan, apakah usaha yang telah dilakukan mereka untuk mencapai matlamat ini?Alasan yang diberikannya dalam kes Beng Hock sudah cukup menunjukkan "usaha" mereka.

Read more at: Perlukan Berapa Beng Hock Untuk Menyedarkan Rakyat Malaysia? | 多少個明福,才能喚醒您的冷漠?



Comments
Loading...