30% bukan DEB (2)


By Sakmongkol

Sambungan.

Yang kita nak tarik rambut dan mengamuk tak tentu pasal kenapa? Kerajaan hanya membuang satu aspek dari DEB yang selama ini menguntungkan sebahagian kecil orang Melayu. Tentu ianya suatu yang menarik jika kerajaan menerbitkan nama penerima agihan saham tersebut. Dari situ, dapatlah kita menterjemah profail golongan Melayu yang menerima agihan saham tersebut.

Besar kemungkinan penerima dan pembeli saham itu terdiri daripada golongan atasan bangsa Melayu. Pemimpin parti, pegawai kerajaan, syarikat syarikat bogus yang di ujudkan semata mata untuk menerima pink form dan seterusnya. Pembaca semua boleh bertanya sama ada rakyat biasa tahu apa peraturan mengenai peruntukan 30% ekwiti. Saya percaya rakyat marhen dan bawahan seSatu Malaysia gerenti tidak tahu. Bagaimana sesuatu yang tidak pernah memberi faedah kepada mereka, kini menyusahkan hidup mereka bila ianya di buang?

Adakah orang biasa memperdulikan pengekalan 30% peruntukan saham? Reality nya, peraturan 30% ekwiti ini hanya menguntungkan segelintir dalam masyarakat Melayu dan mereka pula tidak menghargai status kebumiputeraan mereka. Jika daripada alokasi sebanyak RM50 billion lebih hanya tinggal RM 2 billion, bererti hampir semua sudah menjual kepentingan untuk mendapat untung sekelip mata. Tentu sekali ini membuktikan bahawa status Bumiputera yang mereka miliki hanya di gunakan sebagai alasan mengejar kepentingan peribadi. Kenapa kita mesti menerima ilusi bahawa hanya golongan atasan sahaja berhak merealisasikan kepentingan peribadi manakala golongan bawahan tidak? Kita semua manusia juga dan orang Melayu juga.

Mana mungkin kita mempertahankan perbuatan mengorbankan kepentingan jangka panjang bangsa Melayu dan kita tidak ada alasan untuk menolak, golongan ini tidak akan mengulangi salah guna status Bumiputera jika terus di beri peluang yang sama. Selebihnya, ada isiu keadilan disini. Penerusan agihan saham 30% ini tidak adil kerana ia mengayakan segelintir orang Melayu dan penerusan nya akan menjadikan diskrimanisi antara dua darjat di kalangan orang Melayu, sebagai sesuatu yang di institutionalised. Penerusan 30% agihan saham adalah unsur yang paling tidak demokratik dalam DEB.

Read more at: http://sakmongkol.blogspot.com/2009/07/30-bukan-deb2.html



Comments
Loading...