Tahniah..!! UMNO Mula Fahami Kehendak Rakyat.


Oleh Kerajaan Rakyat

UMNO, sebuah parti perkauman yang telah bertapak lantaran tipu muslihatnya dengan kaedah memperbodohkan rakyat, Melayu khasnya telah mulai sedar akan kehendak rakyat terbanyak.

Setelah 51 tahun memerintah negara, umno masih GAGAL untuk memartabatkan bukan sahaja Agama Islam sebagai agama rasmi yang dijunjung, malahan umno juga GAGAL untuk menghapuskan kemiskinan terutama dikalangan bangsa Melayu. Setiap kali pilihan raya, pemimpin umno melalui propaganda media milik mereka terutama Utusan Melayu, Berita Harian dan TV3 akan mendendangkan lagu lapuk – membasmi kemiskinan..!!!

Kemiskinan rakyat TIDAK dibasmi, sebaliknya harta rakyat dirampas rakus oleh segelintir pemimpin umno. Kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh ramai pemimpin UMNO/BN termasuk Khir Toyo, Isa Samad, Shahidan Kassim, Mat Taib, Taib Mahmud dan ramai lagi adalah amat tidak setimpal dengan keseluruhan gaji mereka sebagai menteri.  Mereka menggunakan kuasa dan jawatan demi menimbun harta peribadi dan keluarga.

Setelah pilihan raya umum ke 12 selesai dan diikuti dengan beberapa pilihan raya kecil, umno telah mula sedar akan kehendak rakyat terbanyak. Tahniah kepada UMNO.

Sekarang UMNO telah sedar bahawa rakyat TIDAK mempercayai umno lagi. UMNO juga sedar bahawa jika melalui pilihan raya tidak mungkin UMNO dapat mengambil kembali pemerintahan negeri Selangor. Justeru, perancangan jijik telah dan sedang dilancarkan oleh kumpulan keparat umno untuk merampas negeri Selangor dengan kaedah sumbang sebelum pilihan raya umum ke 13.

Read more at: http://kerajaanrakyat.com/?p=7239



Comments
Loading...