Saya Ahli Pakatan


Zaid Ibrahim

Ramai orang sibuk bercakap tentang prestasi Datuk Seri Najib sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya. Ada yang memuji Najib dan memberi amaran kepada saya bahawa UMNO akan bangkit semua dengan gagahnya di bawah kepimpinan beliau.

Setakat ini saya lebih suka untuk tunggu dan lihat; bak kata pepatah Inggeris “new broom sweeps well” yang bermaksud yang baru selalunya indah. Tetapi saya sedikit pun tidak rasa bimbang mengenai “kebangkitan” UMNO ini.

Setelah 40 hari saya menjadi ahli Parti Keadilaan Rakyat, saya merasa begitu bangga dan yakin tentang perjuangan parti ini. Saya telah mula bertemu dengan pemimpin and ahli Keadilan di semua peringkat. Saya diterima dengan penuh hormat dan dijemput ke sana sini untuk berucap. Saya terharu dengan respons mereka. Jelas komitmen dan kesungguhan mereka yang memberangsangkan. Mereka rajin dan penuh inisiatif dan mempunyai semangat yakin diri yang tinggi . Mereka percaya bahawa Keadilan adalah wadah politik yang sesuai untuk memperjuangkan dasar yang baik untuk negara; demi kebaikan semua rakyat, dalam semua bidang. Parti Keadilan bukanlah parti untuk menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaungkan oleh propagandis UMNO. Maklumlah parti mereka hanya untuk kepentingan pemimpin besar sahaja.

Pengalaman yang sama menarik kepada saya ialah menyedari bagaimana kuatnya hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kekuatan ini timbul dari keinginan ahli-ahli Keadilan, PAS dan DAP yang mahu melihat Pakatan menjadi kerajaan; sebagai parti alternatif kepada BN. Hasrat mereka sama seperti dengan lebih 4 juta pengundi dalam tahun 2008 yang mahu memilih kerajaan baru di Putrajaya yang benar-benar adil, tidak gila kuasa dan tidak rasuah atau menyeleweng. Walaupun akhbar UMNO telah berjaya membesar-besarkan masalah kecil dalam Pakatan, hakikatnya ialah apa pun masalah kecil itu, pemimpin dan ahli Pakatan berjaya bersatu untuk mengatasi permasalahan tersebut. Resilience atau pun tahan lasak Pakatan ini membuktikan ia akan terus bersatu dan berjaya bila saja pilihan raya diadakan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...