Istana Negara Enggan Terima Memo Gerakan (PICTURE REPORT)


Perancangan asal Pemuda Gerakan ialah untuk bersama sama berarak esok dengan GMI. Tapi hari ini mereka ubah fikiran dan mengambil keputusan untuk menghantar sendiri memorandum memansuhkan ISA ke Istana Negara.

Atas nasihat Polis yang khuatir kesesakan lalulintas, Pemuda Gerakan telah membatal perarakan dari Bangunan MAA ke Istana Negara dan telah menaiki kenderaan ke Istana Negara. Mereka diiringi oleh dua wakil Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia yang bertindak sebagai pemerhati.

Istana Negara telah menolak permintaan rombongan Pemuda Gerakan untuk menyerahkan Memorandum kerana tidak memberi notis terlebih dahulu. Nampak sangat mereka ini tidak teliti dalam membuat kerja.

Untuk perarakan esok Majlis Peguam juga akan menempatkan pasukan permerhati hak asasi manusia disetiap venue perhimpunan untuk mencatit segala pencabulan hak2 asasi yang berlaku.

Persoalan yang timbul mengapa Pemuda Gerakan yang sama2 menganggotai Pemuda BN mengambil keputusan 'unilateral' dlam isu ISA. Apakah Khairy Jamaluddin tidak menyuarakan bantahan terhadap keputusan mereka ini? Apa jadi dengan kredibiliti kepimpinan Ketua Pemuda UMNO dalam memimpin Pemuda BN? 

READ MORE HERE



Comments
Loading...