SPRM gagal masuk pejabat Rodziah


(Utusan Malaysia) – Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor cuba masuk ke pejabat Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail di sini hari ini dipercayai berhubung siasatan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri.

Lima pegawai itu tiba pukul 2.45 petang tetapi dihalang kerana Rodziah tidak ada di pejabat menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Namun setelah campur tangan peguam perunding kumpulan pegawai SPRM itu meninggalkan pejabat yang terletak di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kira-kira sejam kemudian.

Tindakan SPRM itu dipercayai susulan daripada dokumen mengenai penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM375,000 oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diserahkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kepada agensi berkenaan baru-baru ini.



Comments
Loading...