Ma Tzu Digantung Tidak Bertali?


By Sabahkini.net

WALAUPUN tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan telah sebulat suara memutuskan bahawa Yayasan Thean Hou adalah pertubuhan haram dan tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman terhadap kesemua defendan terbabit, namun Mahkamah Rayuan telah menggantung tidak bertali Projek Ma Tzu.

Memandangkan tidak ada sebarang keputusan dibuat berhubung projek berkenaan yang masih dalam dilema, maka Sabahkini.net telah menemui Pengerusi Yayasan Thean Hou, Tan Sri Chong Kah Kiat untuk mendapat gambaran sebenar berhubung tindakan yang bakal diambil oleh beliau berikutan Keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.

Sebelum menemui Chong Kah Kiat, ketika bersembahyang Jumaat pada 7 Ogos lalu di Masjid Bandaraya di Likas, Khatib Masjid Bandaraya telah memulakan mukadimah khutbah yang amat mengejutkan Datuk Seri Panglima Musa Aman dan Jemaah yang turut bersembahyatng di Masjid berkenaan dengan mengatakan;  "Janganlah sakitkan hati orang bukan Islam kerana mereka juga cucu Nabi Adam,"

Sabahkini.net: Selamat Petang Tan Sri. Nampaknya Tan Sri gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang disifatkan sebagai memihak kepada Defendan?

Tan Sri Chong Kah Kiat (CKK): Selamat petang kembali. Ya, saya gembira kerana walaupun mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa Yayasan Thean Hou adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa dan tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan sebarang saman, namun mahkamah tidak membatalkan pembinaan patung Dewi Laut Ma Tzu atau menghalang pembinaan daripada diteruskan. Ramai rakyat berpendapat keputusan mahkamah rayuan tidak memberi sebarang makna kepada Musa atau saya kerana persoalan pokok ialah adakah Musa Aman atau Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai locus standi untuk memberhentikan pembinaan patung Ma Tzu? Saya ingin bertanya, aspek mana dan peruntukan perlembagaan mana, Musa gunakan untuk campurtangan dalam isu agama lain sedangkan perlembagaan negara membenarkan pembinaan patung berkenaan.

 



Comments
Loading...