Apa jadi tanah pusaka kami?


By Charles Gau

Kami Semakin Kesempitan Tanpa Tindakan Susulan Issue Tanah Pusaka Long Banyok Baram, Sarawak.

Tanah kami telah di ambil bermula 30 tahun dahulu atas nama pembangunan kerjaan negeri iaitu oleh Baram Trading dan sekarang pula PKTS Dan LCDA.

PL yang telah dikeluarkan keatas tanah NCR kami oleh Land & Survey kepada Baram Trading telah pun menjadi Mixed Zone. Baru-baru ini perlaksanaan projek pipe line Sabah-Sarawak telah melalui kawasan berkenaan. Apa yang menyedihkan kami ialah pihak kompeni telah mendapat kelulusan dari pihak ketiga dan berkata kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi diatas tanah kawasan PL (Mixed Zoned)Baram Trading tersebut walaupun temuda lebih 100 tahun masih wujud disitu. Untuk pengetahuan tuan, Orang tua kami sudah buntu tidak tahu kemana untuk mendapat bantuan. 

Beberapa bulan yang lalu tuan ada membuat kunjungan ke Long Banyok dan mengarahkan orang kampung menanda atas peta kawasan-kawasan temuda milik keluarga mahu pun perseorangan supaya menyenangkan pihak land & Survey melaksaankan survey diatas tapak setelah penandaan atas peta berkenaan diberi kepada Land & Survey melalui tuan untuk mendapat kelulusan. 

Kami sedang menanti kedatangan Land & Survey untuk survey. Dengan ini kami ingin menyatakan tanah NCR kami bukan sekadar temuda keluarga dan individu tatapi semua kawasan merangkumi sempadan kampung kami mengikut adat kita.

Read more at: http://kadayanjournal.com/?p=2145



Comments
Loading...