Selagi UMNO Masih Memerintah, Selagi ISA Itu Tidak Akan Dimansuhkan


By Go Malaysian

YB Nazri secara terang-terang mencabar Rakyat bahawa selagi Barisan Nasional berada di kerusi Kerajaan selagi ISA itu tidak dimansuhkah, ini bermakna, sekiranya Rakyat mahukan kebebasan yang sebenar, mengundi Pakatan Rakyat merupakan cara yang paling berkesan untuk memastikan Akta itu dimansuhkan.

Pada hari Sabtu yang lalu, Perhimpunan Mansuhkan ISA telah berjaya dianjurkan dan seperti yang dijangka, ia mendapat tentangan yang hebat daripada pihak polis dengan menggunakan bom penyedih mata dan "water canon", ada yang dilaporkan dikasari ketika mereka berdemontrasi. Namun begitu, masih mempunyai lebih 20,000 warga Malaysia telah hadir untuk menyuarakan hasrat mereka kepada mereka yang memerintah, semangat ini patut dikagumi.

Sebaliknya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang kononnya membantah penggunaan ISA itu gagal menghadirkan diri ketika perhimpunan tersebut berlangsung, ada yang mengatakan budaya berdemotrasi itu bukan cara yang baik untuk menyampai mesej kepada kerajaan. Parti Gerakan Rakyat Malaysia – GERAKAN, yang merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional yang ingin menarik perhatian media telah menghantarkan satu memorandum mereka sehari sebelum Perhimpunan ini diadakan, tapi mereka telah dimalukan diri sendiri kerana pihak istana tidak mahu menerima memorandum mereka kerana tidak membuat sebarang permintaan untuk penyerahan. Tokoh-tokoh dalam MCA pula dimalukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam hal untuk mengubal Akta ISA ini.

MalaysiaKini (8 Januari) melaporkan timbalan pengerusi MCA iaitu Liow Tiong Lai pernah menyuarakan Akta tersebut perlu digubal, Perdana Menteri kita, Najib turut menyatakan hasratnya yang sama dalam penggubalan Akta tersebut.

Akan tetapi, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri secara terang-terangan "menampar" Liow Tiong Lai kerana beliau mengatakan selagi Barisan Nasional masih memerintah, selagi ISA tidak akan dimansuhkan.

Hal ini memberikan gambaran yang jelas bahawa MCA tidak mampu untuk mengubah UMNO, dan UMNO tidak pernah mendengar suara dari kepimpinan MCA. Seperti selama ini, MCA masih patuh kepada arahan UMNO dan keadaan ini tidak pernah berubah.

Kenapa "Raja Kenyataan MCA – Lee Wei Kiat" dan "Ratu Kenyataan MCA – Chew Mei Fun" sehingga kini tidak pernah membantah kenyataan Nazri tersebut? walaupun Pengerusi MCA, Ong Tee Keat pernah menyatakan ISA itu perlu digubal?

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/selagi-umno-masih-memerintah-selagi-isa.html



Comments
Loading...