Kenapa Melayu gagal berniaga?


By Kamil Hafidh Halim (The Malaysian Insider)

OGOS 13 — Tajuk yang dibincangkan di sini bukanlah untuk menakutkan atau menyalahkan sesiapa. Golongan Melayu dipilih kerana penulis sendiri adalah orang Melayu. Oleh itu, tidak menjadi permasalahan untuk menulis mengenai topik ini kerana sebahagiannya adalah berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri.

Sebaliknya, penulis berpendapat, adalah sangat wajar tajuk ini dibahaskan secara berterusan bagi memastikan isu yang dipaparkan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dan pihak berkenaan, seterusnya disusuli dengan tindakan yang produktif bagi memastikan kepentingan seluruh rakyat, terutamanya mereka yang berada dalam bidang perniagaan di negara ini terpelihara.

Persoalan pertama, apakah yang menyebabkan kebanyakan orang Melayu gagal dalam perniagaan? Gagal dalam konteks ini membawa maksud tidak berjaya membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Kita sering melihat kelibat orang-orang Melayu yang berniaga di tepi jalan, membuka gerai atau mempunyai kedai sendiri. Sewaktu kita masih kecil, adakah kita masih teringat gerai nasi lemak yang biasa kita kunjungi?

Adakah kita masih ingat sewaktu kita sentiasa mendapat arahan dari ibu untuk pergi ke kedai runcit dan membeli barangan keperluan rumah? Adakah kita masih ingat selepas kita bermain dengan rakan-rakan, kita akan mengunjungi kedai Pak Mat di hujung kampung untuk melepaskan dahaga atau membeli makanan ringan, barang sebungkus dua?

Memori sebegini sebahagiannya masih segar dalam ingatan kita, tidak kira sama ada kita berada di luar bandar atau dalam kawasan bandar sendiri. Tetapi adakah kita sedar bahawa setelah sekian lama kita meninggalkan memori tersebut, apabila kita balik semula ke kampung halaman ataupun tempat kita dibesarkan dahulu, gerai-gerai atau kedai-kedai yang kita kunjungi dahulu masih ada lagi dan keadaannya masih sama?

Kepada mereka yang masih lagi teringatkan kisah lama, ianya pasti menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan kerana tiada apa yang berubah. Memori masih terpahat di ingatan, dan di lokasi yang sama!

Akan tetapi, cuba kita fikirkan dari segi perkembangan ekonomi negara. Apa yang terjadi kepada peniaga-peniaga ini? Mengapa perniagaan mereka tidak dikembangkan? Adakah tiada sesiapa yang menghulurkan bantuan? Atau adakah ini sikap peniaga sendiri yang masih suka kekal dengan status quo?

Read more at: Kenapa Melayu gagal berniaga? – Kamil Hafidh Halim



Comments
Loading...