Tamak dan Gila Kuasa: Keadilan Lancar Perang


By MP Kapar

Kapar – Parti Keadilan Rakyat melancarkan “PERANG” terhadap pemimpim-pemimpin Barisan Nasional yang tamak serta gilakan Kuasa.  Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam selaku Pengerusi Penganjur “Ceramah Bersekutu Bertambah Mutu”  mengumumkan demikian ketika ucapan aluan beliau.

Manikavasagam turut menyindir tindakan berat sebelah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terutamanya tindakan mereka senjaga mencari kesalahan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.  Negeri Selangor kini dijadikan tapak peperangan oleh Barisan Nasional kerana sikap tamak dan gila kuasa  mereka.  Saya sendiri telah membuat  berpuluh-puluh laporan kepada BPR /SPRM tapi tiada satu pun disiasat. Sebaliknya saya ditahan dan disoal siasat apabila membuat laporan berhubung  Kampung Perapat. Tapi, dalang-dalang di sebalik perampasan tanah-tanah tersebut tidak disiasat langsung.

Tindakan Perdana Menteri serta parti pimpinannya yang sengaja mengapi-apikan setiap isu sebagai perkauman jelas menunjukkan mereka kini tersangat desak.

upsr1

Saya yang dipilih oleh rakyat Kapar akan terus berkhidmat sebaik mungkin demi menjaga kepentingan setiap warga Kapar serta rakyat Malaysia secara amnya.   Saya menjemput semua mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat , Ahli Parlimen Kapar di Pekan Kapar atau Pusat -Pusat Khidmat ADUN Pakatan Rakyat atau Ahli-ahli Majlis sekiranya memerlukan bantuan.  Kita bukannya seperti pimpinan Barisan Nasional. Bila mereka dapat peruntukan RM 2juta setahun, rumah serta kereta mewah menjadi milik mereka dengan sekelip mata. Mereka tidak ada masa untuk berjumpa pengundi tetapi sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk berfoya-foya.

Read more at: http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/tamak-dan-gila-kuasa-keadilan-lancar-perang/



Comments
Loading...