Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya


(The Malaysian Insider) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, baru-baru ini terselamat dari terlibat dengan tragedi apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran disebabkan cuaca buruk.

Sambil mengucapkan syukur atas terhindarnya Muhyiddin dari tragedi, Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang sempat melontar persoalan yang terbit berikutan kejadian tersebut.

Ini kerana Muhyiddin menaiki helikopter Nuri milik TUDM tersebut untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kudat. Pada petang hari yang sama, Muhyiddin dijadual akan merasmikan pula Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang.

Nizam mempersoalkan kenapa Muhyiddin dibenar bagi menggunakan helikopter milik tentera, milik kerajaan untuk kerja-kerja partinya, Umno?

Walaupun beliau berjawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi itu tidak pula pernah memberinya tiket untuk turut mendapat keistimewaan kemudahan kerajaan dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Lainlah kalau Muhyiddin boleh membuktikan yang Umno telah menyewa helikopter tersebut dari TUDM untuk kegunaannya di Sabah.

Nizam menambah, sikap Muhyiddin mungkin gambaran sikap Umno keseluruhannya, yang sudah tidak dapat membezakan di antara harta peribadi dan harta kerajaan, harta kerajaan itu harta parti, Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno.

Sikap yang melambangkan bahawa Umno secara dasarnya tidak pernah berubah, walaupun telah terpukul teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.

Read more at: Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya



Comments
Loading...