Semua Ini Dalam Perancangan Mereka


By GoMalaysian

Punca Barisan Nasional menekan Pakatan Rakyat adalah supaya mereka tidak mempunyai peluang dan masa untuk bermainkan isu rampasan kuasa Perak dan sebagainya. Mereka juga mahu Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Namum, kesemua perancangan ini telah terganggu apabila berlakunya kes Teoh Beng Hock, menyebabkan Pakatan Rakyat kini dapat menggunakan isu Teoh untuk membalas balik. Barisan Nasional kini pula bertukar perancangan dengan melabelkan DAP sebagai parti yang anti Islam dan anti Kerabat Diraja dan Anwar pula dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.

Selepas Pilihan Raya 3 March 2008, pertarungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak pernah berhenti, dari isu rampasan kuasa Perak, Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO, hinggalah ke penyiasatan terhadap ADUN Selangor oleh SPRM. Kini satu lagi isu bakal membara.

Barisan Nasional menekan Pakatan Rakyat supaya mereka boleh memperolehi kemenangan pertama dalam pertarungan mereka di Pantai Barat Semenanjung.

Punca Barisan Nasional menekan Pakatan Rakyat adalah supaya mereka tidak mempunyai peluang dan masa untuk bermainkan isu rampasan kuasa Perak dan sebagainya. Mereka juga mahu Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Namum, kesemua perancangan ini telah terganggu apabila berlakunya kes Teoh Beng Hock, menyebabkan Pakatan Rakyat kini dapat menggunakan isu Teoh untuk membalas balik. Barisan Nasional kini pula bertukar perancangan dengan melabelkan DAP sebagai parti yang anti Islam dan anti Kerabat Diraja dan Anwar pula dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.

Utusan Malaysia pada 15 Ogos pernah mewawancara Tun Mahathir dalam tajuk "Barat tidak pernah lupa untuk menjajah Malaysia". Dalam wawancara itu mereka melabelkan pembangkang terutamanya Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan Barat, dan Barat menggunakan langkah demontrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang, mereka turut berkata Barat telah mencampuri isu dalaman Malaysia, tetapi sebenarnya tujuan wawancara itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan golongan Melayu kepada UMNO dengan mengukuhkan fakta Anwar dipergunakan oleh Barat.

Pilihan kecil Permatang Pasir semakin dekat, pertarungan mereka menular menjadi lebih hebat, dan sekiranya SPRM meneruskan penyiasatan, maka akan muncul lagi isu hangat di Malaysia.

Kesemua ini adalah dalam kawalan Barisan Nasional, tetapi Krisis antara Ong tee Keat dan Tiong King Sing (Isu Pelabuhan Klang) adalah krisis yang tidak mahu dilihat oleh mereka.

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/semua-ini-dalam-perancangan-mereka.html



Comments
Loading...