Mungkinkah UMNO Tersilap Kira Kali Ini Dengan Memainkan Sentimen Perkauman?


By GoMalaysian 

Walaupun PM Najib melabelkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dengan melancarkan slogan 1Malaysia serta melawati tempat-tempat yang terkenal dengan ciri-ciri bangsa tertentu, namum timbalannya Muhyiddin Yassin dan UTUSAN tidak teragak-agak untuk memainkan isu perkauman.

Menurut TheMalaysianInsider, Pengerusi Gerakan, Koh Tsu Koon pernah berkata dalam Mesyuarat Barisan Nasional bahawa laporan UTUSAN kebelakangan ini menimbulkan banyak masalah terutamanya dalam hal perhubungan kaum.

Tetapi Muhyiddin berkata, UTUSAN membuat laporan sebegini adalah kerana UTUSAN merasakan kedudukan Melayu semakin tergugat dengan rayuan Bukan Melayu yang semakin melampau.

Pendirian Muhyiddin telah ditentang segelintir pemimpin Barisan Nasional kerana menggangap UMNO perlulah memperjuangkan Rakyat Malaysia bukan hanya untuk bangsa tertentu sahaja.

Namun, melaui percakapan pemimpin UMNO dan laporan surat akhbar kebelakangan ini menunjukkan UMNO berhasrat untuk menarik semula sokongan orang melayu kembali ke UMNO dengan memainkan sentimen Melayu, ini termasuklah dengan memansuhkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/mungkinkah-umno-tersilap-kira-kali-ini.html



Comments
Loading...