INI BUDAYA SIAPA?!


Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou mengadakan dua sidang akhbar untuk memohon maaf kepada semua rakyat Taiwan kerana pihak pentadbirannya telah terdapat kelemahan dalam usaha kerajaan menyelamatkan mangsa Typhoon Morakot.

Menurut beliau lagi, akibat gangguan cuaca, kerja penyelamatan telah dilambatkan dan menyebabkan para mangsa menganggap terdapat keculasan dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa. Beliau telah menyuruh pihak eksekutifnya membuat siasatan teliti dan jika terdapat kelemahan, tindakan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. Laporan terperinci akan diumumkan pada bulan September selepas redanya kerja penyelamatan.

Berbanding dengan "apology" daripada Dato Seri Hishammuddin mengenai peristiwa keris itu di mana beliau telah mempertahankan dan mengulangi perbuatan tersebut, tetapi selepas pengajaran Pilihanraya Umum ke-12 baru beliau sudi memohon maaf "jika terdapat pihak yang tersinggung".

Pada hemat anda sekalian, peristiwa yang manakah yang lebih menampakkan keikhlasan serta fahaman bahawa Wakil Rakyat adalah Yang Berkhidmat dan bukan sahaja Yang Berhormat sahaja?



Comments
Loading...