Litar Sepang menuju zaman kejatuhan??


By Juan Mantoyol

Formula1 (F1) di Malaysia telah melepasi satu dekad sejak ia di anjurkan seawal 1999. Idea untuk menganjurkan F1 di Malaysia di cetus oleh mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir. Semasa di Litar Estoril, Portugal pada F1 1996 Tun telah menemui Bernie Ecclestone (pemegang hak F1) dan akhirnya bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara menganjur sukan glamor itu.

Petronas ketika itu telah menjadi salah satu syarikat penaja yang terlibat secara langsung dalam F1. Ini adalah usaha penjenamaan (branding) untuk memperkuatkan nama Petronas di persada antarabangsa. Alhamdulillah, hari ini jenama Petronas amat gah di arena permotoran antarabangsa dan banyak jenis sukan motor yang di sertai mereka sehingga kini. Terbaru, menaja bintang motorsikal dunia Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo melalui team Fiat Yamaha di kejohanan MotoGP. Dan terbaru juga, Petronas mungkin tidak lagi menaja F1 kerana BMW menyatakan hasrat mereka untuk keluar dari F1 pada 2010.

Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit -SIC) di bangun kan oleh GLC (Government Link Company) , Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan rekod pembangunan sekitar hanya 18 bulan dengan kos sehingga mencecah hampir RM400 juta. Pengerusi pertamanya, Allahyarham Tan Sri Basir Ahmad berjaya membawa SIC ke mercu yang boleh di banggakan. Tahun pertama (1999) , ia di nobatkan sebagai ‘Best Organiser' di sukan F1. Walaubagaimanapun, ini hanya mungkin boleh di tafsir sebagai 'pembodekan'  FIA (badan berkanun F1) kepada negara yang pertama kali menganjur F1. Bahrain menang pada 2004 pada tahun penganjuran pertamanya. Singapura juga memenangi penghargaan serupa dalam penganjuran F1 malam pertama pada 2008. Tahun 2009, besar kemungkinan Dubai memenanginya.

Dato' Mokhzani Tun Mahathir telah menjadi Pengerusi Litar Sepang bermula tahun 2003. Pengurus Besar SIC pula telah bertukar tangan sebanyak 4 kali bermula dengan Hussin Ali, Dato' Azmi Murad, Datuk Ahmad Mustafa, kembali kepada Dato' Azmi Murad dan yang terbaru Ahmad Razlan Ahmad Razali. Bagaimanapun, atas permintaannya, Razlan lebih senang dengan gelaran CEO (Chief Executive Officer / Ketua Pegawai Eksekutif) diberi kepadanya. Razlan juga ialah sepupu kepada Mokhzani dan anak bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali.

Anak bekas Menteri Besar itu semasa zaman remajanya melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan di Perth, Australia atas tajaan sendiri. Inilah senangnya kalau punya harta yang banyak hasil beberapa tahun mengepalai kerajaan negeri terkaya di Malaysia. Bekerja hanya seketika di dunia korporat, beliau akhirnya menubuhkan beberapa syarikat termasuk yang paling menonjol Pineapple Concerts Sdn Bhd (PCSB). PCSB di kenali ramai setelah penganjuran ‘Sunburst Music Festival’ di Bukit Kiara bermula dari tahun 2007. Sebelum itu, beberapa artis antarabangsa yang di bawa masuk oleh PCSB termasuk 3 Diva (Indonesia), Black Eyed Peas, Simple Plan dan sebagainya. Namun, di sebalik gahnya penganjuran konsert antarabangsa, PCSB tidak pernah sekali pun secara besar-besaran memberi peluang yang sama kepada artis tempatan. Malah, banyak kumpulan yang terlibat secara langsung di Sunburst juga bagai di ‘anak tiri’ kan oleh mereka.

Menariknya, beberapa siri konsert antarabangsa anjurannya secara ‘kebetulan’ dimasukkan sebagai salah satu program F1 Malaysia seperti Lionel Ritchie dan Earth, Wind and Fire. Ini memudahkan PCSB bergerak dan berpromosi bersama Litar Sepang atas nama ‘Malaysian Grand Prix.'. Razlan (37 tahun) berjaya menjadi ketua Litar Sepang secara tidak disangka-sangka setelah Pengurus Besar ketika itu, Dato’ Azmi Murad di arahkan untuk menumpukan tugas utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai Pengurus Besar Kanan Operasi yang memang menuntut waktu dan perhatian khusus. Selama menjadi Pengurus Besar di SIC, Dato’ Azmi pada dasarnya menjalankan dua tugas penting ini secara serentak. Beliau telah membuktikan ketokohannya setelah tahun 2008 menjadi antara tahun terbaik penganjuran F1 dan MotoGP di Malaysia. Razlan hanya mula mendaftar diri sekitar 10 hari sebelum acara MotoGP Malaysia 2008 di bulan Oktober.

Setelah di SIC, Razlan dengan bangganya telah memperkenalkan lambang dan jenama baru Litar Sepang. Penggunaan‘F1’di dalam nama 'Sepang F1 Circuit’ telah di gugurkan olehnya dengan alasan tak masuk akal, iaitu tidak mahu orang kenal Litar Sepang hanya dengan F1. Begitupun, amat malang bagi Malaysia kerana dengan tindakan ini maka berakhirlah hak eksklusif untuk menggunakan logo ‘F1’ di dalam berbagai bahan cetakan promosi dan lain-lain media. Di dalam dunia sebelum ini, hanya Litar Sepang yang mendapat hak dari FIA unutuk meletak logo ‘F1’ bersama nama rasmi syarikat. Semua litar di dunia menggunakan contoh nama seperti berikut : Fuji Speedway, Shanghai International Circuit, Sakhir International Circuit, Silverstone Circuit dan sebagainya. Satu kerugian yang amat sangat dan semestinya FIA tidak faham rasional ini kerana banyak litar di dunia akan amat berbangga jika nama syarikat mereka di beri hak untuk meletak logo ‘F1’ bersama.

Setelah berkuasa penuh, Razlan telah membawa ramai muka baru yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang permotoran untuk bekerja bersamanya (hampir 20 orang). Jawatan-jawatan baru di wujudkan seperti Chief Marketing Officer (CMO), Chief Finance Officer (CFO), Chief Technical Officer (CTO), Chief Strategy Officer (CSO) dan beberapa lagi. Di bayar dengan gaji yang amat lumayan, pekerja-pekerja baru di SIC nampaknya sangat gembira dan menurut segala perintah CEO.

Ujian pertama Razlan ialah Petronas Malaysian Grand Prix 2009 yang berlangsung pada 5 April. Umum mengetahui minat dan kemahirannya dalam penganjuran konsert. Oleh itu, kononnya sebagai tarikan SIC telah membawa bintang yang sudah pudar warnanya di Eropah iaitu Jamiroquai untuk konsert sempena F1 di Malaysia. Kos yang mencecah lebih RM3 juta itu di biaya sepenuhnya oleh SIC dan bayaran ini hanyalah untuk penganjuran yang cuma acara sampingan itu. Dengan adanya konsert Jamiroquai, di fikiran Razlan, ramai orang akan teruja dan mahu menonton F1 di litar. Ini kerana tiada tiket di jual untuk konsert itu. Penonton harus mempunyai tiket F1 untuk menyaksikannya. ‘Nak tengok konsert belilah tiket F1 dulu’. Akhirnya, kalau di hitung kurang dari 3 ribu orang yang menonton konsert yang memakan kos jutaan ringgit itu di dalam hujan. Itupun setelah pintu konsert dibuka bagi siapa yang memang tidak mahu menonton F1 dan hanya ingin menonton Jamiroquai. Kalau dipuratakan, RM3juta bahagi 3,000 (kos seorang penonton RM1,000). Pelaburan yang baik?? Lu pikirlah sendiri!!

Yang menariknya, penganjuran konsert itu di dalangi oleh sudah tentu tidak lain tidak bukan, PCSB. Pembentangan usul mengenai hal-hal penganjuran konsert di adakan antara dua adik-beradik (Razman Razali – adik dan juga Pengarah Urusan PCSB) ini di bilik mesyuarat SIC (dan mungkin juga dirumah sendiri 🙂 ). Maka dengan itu, sudah tentu ia akan di luluskan tanpa banyak soal. Dalam pada itu, PCSB juga telah menggunakan jentera pemasaran F1 di SIC untuk mempromosikan konsert anjuran penuh mereka (Sunburt KL 2009) yang berlangsung dua minggu sebelum acara F1. Jadi kos promosi sudah tentu berkurangan kerana boleh ikut serta promosi F1 yang sudah di bayar oleh SIC untuk pasaran di sekitar Singapura dan Indonesia khasnya. Malangnya, konsert Sunburst KL 2009 menerima banyak kritikan kerana mutu penganjuran yang amat mengecewakan peminat. Banyak nama-nama besar artis yang cuma awalnya di gunakan untuk menarik perhatian pembeli tiket tidak jadi datang membuat persembahan akhirnya.

Bukan itu sahaja masalah menimpa PCSB. Syarikat ini juga telah di senaraihitamkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana sudah melanggar peraturan-peraturan penganjuran konsert artis luar. Bukan sekali malah sudah lima kali kesalahan dilakukan. Akhirnya tertangkap jua. Salah satu kumpulan iaitu N.E.R.D yang membuat persembahan di Sunburst 2009 yang sepatutnya meneruskan tur mereka di Jakarta telah membatalkannya kerana takut insiden serupa(di tahan passport selepas melakukan persembahan) berlaku di Indonesia. Ramai peminat muzik Indonesia berang dengan Malaysia berikutan perkara berkenaan.

Selain syarikat di senaraihitamkan, pengarah-pengarah PCSB (Razlan Razali, Razman Razali dan Aida Razali) juga turut di kenakan tindakan serupa. Maka dengan itu berkuburlah PCSB. Dalam kejadian lain, setelah di desak berkali-kali juga PCSB terpaksa membayar kembali wang tiket kepada peminat Rihanna yang membatalkan konsert anjuran mereka di Kuala Lumpur kerana insiden peribadi.

Lagi satu yang menarik perhatian, dengan tertutupnya syarikat PCSB, sebahagian besar pekerja syarikat berkenaan di serapkan ke Litar Sepang dengan bayaran gaji yang semestinya lumayan. Ada suami isteri dan ipar duai sekali diangkut masuk. Untuk menutup mulut-mulut individu tertentu yang lama di SIC, beberapa eksekutif telah di naikkan pangkat kepada Pengurus dan di naikkan gaji sehingga ada yang mencecah seratus peratus kenaikan. Amat pelik di zaman kegawatan ekonomi ini, masih ada syarikat yang begitu bermurah hati dengan kenaikan gaji. Beberapa individu yang tidak senada dengan pengurusan baru di beri pilihan untuk meninggalkan syarikat atau berdepan dengan suasana seperti dipinggirkan. Terbaru, beberapa jabatan akan ditutup setelah Razlan membuat keputusan untuk 'out source' kerja-kerja yang sebelum ini di buat oleh pekerja 'lama' SIC. Nasib pekerja-pekerja ini hanya Tuhan yang tahu.

Kemegahan Litar Sepang memang amat membanggakan Malaysia setiap kali acara F1 dan MotoGP di pancarkan secara langsung ke seluruh dunia. Selalunya, F1 di awal tahun (March/April) dan MotoGP di akhir tahun(Oktober). Dengan kelemahan jentera pemasaran, F1 pada bulan April lalu jelas menunjukkan strategi yang di harapkan untuk menyamai tahun-tahun sebelumnya di SIC tidak begitu memihak kepada Razlan. Penonton amat sedikit terutama di selekoh pertama (K1) yang sering menjadi kayu pengukur kejayaan sesuatu acara antarabangsa di SIC. Kalau tempat duduk di K1 itu penuh, sesuatu acara akan di anggap berjaya. Kalau nak cakap ekonomi suram, di Melbourne seminggu sebelum Sepang, sambutan penonton masih begitu baik. Sepatutnya dengan ekonomi dunia yang tidak menentu, strategi yang jelas akan menggunakan biaya yang begitu banyak (seperti konsert) harus di perinci dengan sedalam-dalamnya. MAHB sekarang ini di lapor sedang menyiasat SIC kerana kelulusan untuk konsert itu diadakan di ragui. Razlan dikatakan tidak membentangkan usul konsert jutaan ringgit itu kepada Lembaga Pengarah SIC. Menurut etika kerja sebelum ini, apa jua rancangan dan strategi pemasaran harus di perakui oleh ahli Lembaga Pengarah dan di beri kelulusan.

Kini SIC di katakan agak tenat kerana pembayaran untuk kontraktor kerja kecil-kecilan terpaksa di tangguhkan dari jadual sebenar. Ini mungkin juga kerana bayaran harus di langsai buat kontraktor besar dahulu termasuk biaya konsert Jamiroquai itu. Yang nyata, SIC yang bakal di ambil alih oleh kerajaan (Kementerian Kewangan) dari pihak MAHB pasti menerima bantuan kewangan lagi untuk menyelesaikan masalah aliran wang ini. Razlan pastinya tersenyum kerana di pertahan oleh sepupunya Mokhzani (juga Pengerusi Lembaga Pengarah SIC) yang pasti ingin beliau terus mengepalai Litar Sepang yang amat terkenal di seluruh dunia.

Penganjuran SuperGT yang baru lalu juga amat tidak memberangsangkan . Banyak tiket percuma di lambakkan di pasaran beberapa hari sebelum acara. Razlan seboleh-bolehnya ingin memenuhi setiap ruang Grandstand agar tidak diperlekehkan oleh peminat yang boleh membezakan dengan acara sama tahun sebelum-sebelum ini.

Peminat sukan bermotor pasti ingin melihat penganjuran yang semakin berjaya untuk acara besar seterusnya di Litar Sepang untuk tahun 2009 ini iaitu MotoGP dan Merdeka Race (di canang sebagai ‘Perlumbaan Terbesar Asia’ walaupun penonton tidak pernah melebihi 10,000 selama ini). Adakah musim bulan madu Razlan akan berterusan di Litar Sepang yang sepatutnya menjadi pemangkin sukan bermotor negara???
 
Jawapannya, selagi sepupunya mempunyai kuasa veto di situ, SUDAH TENTU LAH!!!


Comments
Loading...