UMNO Kini Hanya Mementingkan Undian Melayu Sahaja


By Go Malaysian

Langkah UMNO yang menyerang Anwar dan Nik Aziz adalah kerana mereka tahu keuda-dua tokoh tersebut adalah faktor perpaduan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu memecahbelahkan Pakatan, kedua-dua tokoh tersebut perlu dijatuhkan terlebih dahulu.

Walaopun kini semakin menghampiri sambutan hari kemerdekaan, namum adakah kemerdekaan kali ini akan disambut dengan semangat 1Malaysia?

Najib yang melaungkan slogan 1Malaysia selepas memerintah dengan hasrat Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang harmoni, tapi nampaknya pemimpin di sekitarnya tidak sehaluan dengan beliau, mereka mula menyerang PAS dengan mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang anti-Islam supaya dapat menarik balik sokongan Melayu terhadap PAS.

UMNO kini sudah tidak mempedulikan perasaan parti komponennya dengan memainkan sentimen perkuaman seperti mengatakan orang Melayu jangan khianat kepada bangsa sendiri, begitu juga dengan langkah UTUSAN yang memainkan peranan yang sama iaitu mempermainkan isu perkauman.

Hal ini telah memberikan gambaran yang jelas dimana kumpulan konservatif dalam UMNO menjadi semakin mendapat sambutan dan parti komponen dalam Barisan Nasional pula tidak dapat buat apa-apa tentang senario tersebut.

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/umno-kini-hanya-mementingkan-undian.html



Comments
Loading...