BUKU ‘LEST WE FORGET’ SATU POLEMIK BUAT RAKYAT SABAH


By Sabahkini.net

PELANCARAN buku ‘Lest We Forget’ atau ‘Jangan Kita Lupakan’ karya Dr Chong Eng Leong oleh Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim malam semalam di Restoran Atlantis, Bundusan, Kota Kinabalu telah memulakan satu titik baru polemik keselamatan dan kedaulatan di Sabah yang dipertikaikan rakyat Sabah selama ini.

Dalam kenyataan ringkasnya semasa pelancaran buku ini, Zaid menyifatkan buku ini sebagai ‘isihati’ rakyat Sabah yang perlu ditelaah dan ditunaikan bukan sahaja janji 20 perkara, malah secara berseloroh mengesa BN menunaikan 50 perkara penting yang belum  pernah dilaksanakan Kerajaan BN selama ini termasuk janji pembangunan, ekuiti dan royalti minyak.

Walaupun buku ini ringkas dan boleh dibaca dalam tempoh 30 minit sahaja, namun memerlukan penyelesaian yang beratus tahun kerana Kerajaan Barisan Nasional tidak menampakkan sebarang ‘political will’ untuk menumbuhkan keyakinan rakyat, malah membiarkan krisis perlembagaan yang bersangkutan dengan Keselamatan dan Kedaulatan di Sabah, seperti seadanya dan enggan diubah sekalipun berpeluang melakukannya secara tuntas.

Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam ucapannya sebelum pelancaran buku berkenaan mendedahkan ‘niat jahat’ Kerajaan BN terhadap rakyat Sabah yang telah membentuk Negara Malaysia dan menyifatkan penerbitan buku ‘Lest We Forget’ sebagai tindakan nekad ‘Anak Jati Sabah’ untuk membela maruah ‘Ibu Pertiwi’ yang dicabul ‘Pendatang Tanpa Izin’ dengan restu Kerajaan BN. 



Comments
Loading...