MICHAEL CHIA BOLEH PAKAI DULU, BAYAR KEMUDIAN?


By Sabahkini.net

PENDEDAHAN yang dibuat sabahkini.net berhubung isu pembalakan di tanah tinggi melebih 25 darjah di Hutan Simpan Komersil Kelas II Kuamut mendapat respon positif daripada kalangan pembaca Sabahkini.Net yang menghantar pelbagai dokumen dan makluman lanjut untuk dikongsi bersama.

Krew Sabahkini.Net di Kinabatangan Sandakan, telah menerima salinan pelan yang dikirimkan daripada Jabatan Perhutanan Sabah tanpa nama pengirim yang menunjukkan kawasan tanah tinggi yang diharamkan sebarang kegiatan pembalakan menurut Enakmen Perhutanan Sabah namun dinyatakan telah dikeluarkan lesen pembalakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah, kononnya atas arahan Ketua Menteri Sabah.
 
 
 
 
 
Sebentar tadi Editor Sabahkini.Net menerima panggilan daripada telefon awam yang memberitahu bahawa penduduk Kuamut mendesak Perdana Menteri Malaysia campurtangan untuk membatalkan pembalakan di kawasan cerun tinggi yang diluluskan kepada Danagaya Sdn.Bhd untuk khazanah alam di masa akan datang.

"Kita minta Perdana Menteri mengarahkan Pusat Remote Sensing Negara memantau dan Kerajaan Negeri menghentikan pembalakan di kawasan curam di Tanah Tinggi Hutan Simpan Kuamut kerana kawasan tersebut kaya dengan bio-diversiti," ujar seorang lelaki yang menamakan dirinya sebagai Mike Twain.

Menurut Mike, beliau telah menulis surat bantahan kepada Ketua Menteri Sabah dan Pengarah Perhutanan Sabah, namun tidak mendapat jawapan sejak setahun lalu dan mengharapkan agar Sabahkini.Net dapat menyiarkan kenyataannya.

 
Sepucuk surat daripada Yayasan Sabah bertarikh 18 Ogos 2009 bil: FD/KK/4.06/DNG/Vol 2/10 menarik minat Sabahkini.net kerana sekaligus membongkar misteri di sebalik enigma bahawa konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Sabapioneer Sdn.Bhd juga milik MIchael Chia tetapi kemudiannya diserahkan kepada Danagaya Sdn.Bhd juga milik Michael Chia untuk mengaburi mata pembalak lain.

 



Comments
Loading...