Jeffrey Kitingan Boleh Buktikan Musa Aman Kenal Michael Chia!


Oleh: HAFIZ  JAMAIL

“Ketika berita Michael Chia Tien Foh diberkas di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis, 14 Ogos 2008 atas tuduhan penggubahan wang haram, saya tidak begitu percaya. Walaupun Pengerusi DAP Sabah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur, namun saya tidak mengambil berat isu Michael Chia ini,” ujar Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan selepas membuat Laporan Polis di Balai Polis Donggongon, Penampang.

Bagaimanapun apabila nama Michael Chia dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Jeffrey memberitahu beliau terkesima kerana kelicikan Michael Chia mengguna saluran diplomatik dan menjadi ‘agen khas’ yang dilabelkan sebagai ‘adik angkat’ Musa Aman, maka beliau begitu berminat untuk mengikuti cerita di sebalik berita Michael Chia yang tiba-tiba sahaja menjadi kaya raya kerana hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah.

“Saya tidak terkejut apabila Musa menafikan yang beliau pernah mengenali atau berurusan dengan Michael Chia kerana penafian itu sebenarnya jawapan yang saya tunggu selama ini sehinggalah kes demi kes Michael Chia dibongkar melalui media internet seperti Malaysia-Today.net dan Sabahkini.net,” ujar Jeffrey yang menekankan betapa pentingnya bagi Musa untuk menyelesaikan isu berkenaan dan bukannya melalui penafian media.

Tegas Jeffrey, rakyat Sabah ingin  tahu apa hubungan antara Michael Chia dengan Musa Aman atau siapa sebenarnya Michael Chia yang digelar ‘Kembar Siam’ Musa Aman di kalangan pembalak di Sabah.

Walaupun kes penggubahan wang haram yang dilakukan oleh Michael Chia senyap begitu sahaja dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba menutup kes berkenaan dengan mendakwa ianya berlaku di luar Negara dan di luar bidang kuasa SPRM, namun kata Jeffrey, kes berkenaan menimbulkan pelbagai tandatanya tanpa sebarang jawapan daripada semua pihak yang terlibat.

Read more at: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2003:jeffrey-boleh-buktikan-musa-aman-kenal-michael-chia&catid=35:berita-sabah&Itemid=27



Comments
Loading...