Another Utusan Malaysia lie


200 penduduk bantah bina kuil

Kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 di sini dan beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) hari ini berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan itu.

Perarakan itu merupakan simbolik kepada usaha penduduk di kawasan tersebut mempertahankan pendirian mereka.

Kumpulan itu mula berkumpul di Masjid Negeri selepas selesai solat Jumaat. Mereka kemudian berarak kira-kira 500 meter menuju ke bangunan SUK sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Selepas beberapa pemimpin kumpulan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, kumpulan tersebut bersurai secara aman kira-kira 3 pukul petang.

Ini berikutan sepasukan pegawai dan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran yang turut berada di situ.

Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf berkata, perarakan tersebut bertujuan menggesa kerajaan negeri membatalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkannya ke Seksyen 22 di sini yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.

Beliau berkata, kenyataan kerajaan negeri untuk menganjakkan lokasi pembinaan kuil 300 meter ke dalam juga tidak dapat diterima oleh para penduduk dan mereka menganggapnya sebagai taktik untuk memperbodoh-bodohkan rakyat.

"Mana ada kawasan 300 meter lagi di situ, kalau mereka nak anjak juga terpaksalah robohkan kilang di belakang tanah itu.

"Jangan cuba menipu dan memperbodohkan kami kerana kami tahu itu cuma taktik kotor kerajaan negeri yang menyangka kami ini tidak tahu apa-apa," kata beliau ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk bangunan SUK di sini.

Jelas beliau, bantahan dan perarakan yang dibuat hari ini juga tidak didalangi oleh mana-mana parti politik kerana ia adalah tanda bantahan penduduk Seksyen 23 sendiri yang terdiri daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Tambah beliau, mereka yang datang mewakili NGO atau parti politik adalah kerana menyokong perjuangan penduduk Seksyen 23.

Sementara itu, Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Zurit Ramli mendesak wakil rakyat terlibat dan Menteri Besar agar segera bertemu dengan penduduk Seksyen 23 untuk menjernihkan keadaan yang semakin tegang.

Beliau berkata, wakil rakyat tidak sepatutnya hanya bercakap melalui akhbar dan tidak langsung mendengar keluhan penduduk di bawah pentadbiran mereka.

"Perkara ini perlu diselesaikan segera agar tidak menjadi besar dan akhirnya menyusahkan rakyat dan kerajaan negeri," katanya. (29 Ogos 2009)



Comments
Loading...