Demo di Shah Alam
By Khairy Jamaluddin
28 Ogos, 2009 – Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi membantah cadangan membina kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi di mana kepala lembu diperarakkan ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Tindakan ini tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum. Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara.
seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan.
Tindakan ini sudah tentu akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu dan rakyat Malaysia amnya. Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika
kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci Al-Quran.
Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar. Wallahualam.