Kenyataan Ketua Polis Selangor Satu Penipuan Nyata..!!!


By Kerajaan Rakyat

Bohong sekiranya pihak Polis mengatakan mereka tidak bersedia terhadap perancangan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara yang ditaja oleh umno. Lama sebelum perhimpunan tersebut diadakan beberapa blog dan laman web pro UMNO telah menyiarkan dan mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Kerajaan Rakyat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Selangor, kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar khasnya. Tahniah kerana kali ini beliau cuba bertindak mengikut  prosedur siasatan. Kononnya….!!!!

Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,”MalaysiaKini. kata Datuk Khalid seperti yang dilaporkan oleh

Polis berharap dapat menyiapkan siasatan berhubung protes pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dan perarakan kepala lembu menjelang Selasa depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Hello Datuk Khalid, benar saudara adalah Ketua Polis Selangor. Benar uniform saudara perlu dihormati. Benar pangkat kamu wajar diakui. Tetapi, pembohongan, penipuan, pendustaan, kecuaian dan putarbelit kamu perlu disepak ke longkang..!!!

Kata-kata kamu “Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” adalah satu pendustaan. Saya ulangi, satu pendustaan..!!!

Kamu berdusta kerana, kalau benar menangkap orang begitu sahaja bukan amalan kamu serta anggota bawahan kamu, maka atas alasan apa Polis bukan hanya menangkap rakyat yang berhimpun semasa ‘Perhimpunan Bersih’, ‘Perhimpunan Mansuh PPSMI’ dan beberapa perhimpunan aman yang lain malahan pihak Polis dengan segala kezalimannya telah turut mencederakan rakyat yang berhimpun secara aman semasa perhimpunan tersebut?

Read more at: http://kerajaanrakyat.com/?p=7866



Comments
Loading...