Isu Minyak : Perasankah kita, rakyat ditipu lagi.


By Sitopimerah

Saya masih ingat ketika Datuk Shahrir Samad memegang portfolio Menteri PDNHEP. Beliau menyatakan formula terbaik untuk membantu rakyat dalam krisis harga minyak adalah dengan mengubah RON minyak mengikut keperluan rakyat.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan penukaran RON97 kepada RON99 manakala RON92 kepada RON95 disebabkan kita adalah pengeluar minyak. Tapi jika itu sahaja yang mampu UBN buat silakanlah. Ini disebabkan harga yang dicadangkan oleh Menteri ketika itu, rakyat akan menikmati RON95 dengan harga RM1.75 iaitu RM0.05 lebih murah dari RON97 yang akan dimansuhkan. Maka saya terima.

Saya mencadangkan minyak RON97 dan RON99 dalam pasaran supaya rakyat menikmati minyak yang berkualiti dengan hak sebagai pengeluar minyak. Tekaan saya tepat, sebenarnya tujuan UBN adalah pemansuhan RON92 yang mana sangat minoriti rakyat menggunakannya, seterusnya memperkenalkan RON95 bagi memberi peluang kerajaan memanipulasi harga. Kemudian memansuhkan RON97 dan memperkenalkan RON99 untuk yang berkemampuan semata-mata mengabui rakyat marhaen. Sehingga penulisan ini harga minyak dunia masih lagi disekitar USD69 – USD71. Tidak ada kepentingan untuk kerajaan menaikkan harga minyak.

Read more at:

Isu Minyak : Perasankah kita, rakyat ditipu lagi.

 



Comments
Loading...