Demonstrasi Kepala Lembu


By Amin Ahmad

Ramai pihak memberi komen tentang demonstrasi kepala lembu di depan bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor beberapa hari yang lalu. Dalam banyak komentar yang ada, kelihatan dua jalur pihak yang membincangkan perkara ini.

mumnya, orang ramai menolak demonstrasi sambil membawa kepala lembu, namun ada underlying issue yang wajar dibincangkan dengan lebih khusus iaitu penempatan kuil di Seksyen 23.

Saya membaca penjelasan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang menerangkan sebab pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 berlaku. Beliau juga memberi justifikasi kenapa cadangan asal pemindahan ke Seksyen 22 dibatalkan.

Saya juga mendengar dan membaca hujah-hujah mereka yang berdemonstrasi membawa kepala lembu ini dan mereka yang menyokong demonstrasi ini. Antara pertikaian mereka ialah Seksyen 23 adalah majoriti Melayu-Muslim dan kenapa kerajaan negeri tidak mengekalkan cadangan asal untuk memindahkan kuil ini ke Seksyen 22.

Daripada hujah dua pihak yang dianggap bertentangan oleh penyokong masing-masing ini, saya melihat ada persamaan yang tidak ditonjolkan oleh orang ramai iaitu:

Apabila demonstran yang membawa kepala lembu ini mempersoalkan kenapa tidak dikekalkan saja cadangan asal memindahkan kuil ini ke Seksyen 22, ia bermakna mereka bersetuju bahawa kuil ini memang wajar dipindahkan daripada Seksyen 19. Ini persoalan asas sebagai prinsip yang penting untuk diketengahkan.

Untuk saya, persoalan asas sebagai prinsip ini penting kerana saya masih terbaca hujah-hujah daripada pendokong demonstrasi kepala lembu ini yang tidak mencerminkan pemahaman terhadap isu. Apa yang tertera daripada hujah kelompok ini ialah hujah-hujah perkauman, anti-agama selain apa yang mereka anuti dan penuh kepentingan politik kepartian, bukan politik kenegaraan.

Ada mereka yang berhujah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memusnahkan berhala di Mekah sebagai landasan sikap keras mereka terhadap isu pemindahan kuil ini. Apa yang tidak dinyatakan oleh mereka ialah Rasulullah s.a.w. menjamin kebebasan beragama umat pada zamannya malah Piagam Madinah itu sendiri berasaskan persetujuan dan jaminan terhadap hak yang sama kepada semua pihak. Kebebasan beragama secara konsep tentu saja diterjemahkan dengan wujudnya rumah ibadat kepercayaan-kepercayaan lain.

Dengan memahami persoalan asas sebagai prinsip sebagaimana yang saya tebalkan hurufnya di atas, maka yang tinggal untuk kita bincangkan ialah persoalan teknikal.

Dalam hujah demonstran yang membawa kepala lembu ini, mereka menyatakan bahawa Seksyen 23 adalah kawasan majoriti Melayu. Saya boleh bersetuju bahawa Seksyen 23 memang kawasan majoriti Melayu, tetapi di mana kawasan di Shah Alam yang bukan kawasan majoriti Melayu? Dalam Islam, hujah majoriti bukanlah hujah kebenaran melainkan sebagai alat pertimbangan yang boleh saja dikecualikan jika perlu.

Read more at: http://aminahmad.com/?p=149



Comments
Loading...