Perubahan Malaysia Sebagai Negara Tentera?


Oleh: DATU PG AHMAD DATU ALI ALAM

SAUDARA Malaysia dan Warga Sabah sekalian, saya menulis pos terbaru ini dengan hati yang penuh hiba, kerana Negara kita yang tercinta ini cepat atau sedang dalam proses perubahan menjadi negara tentera  atau pun kini sudah menjadi nyata.

Sebelum memberikan beberapa petunjuk untuk mendokong kenyataan ini, biarlah saya memberikan maksud definasi apakah itu negara tentera?

Negara tentera adalah merujuk kepada, negeri atau negara di mana kerajaannya mengamalkan, pengawalan secara pengongkongan dengan tegas kepada soal sosial, ekonomi, dan kehidupan politik rakyat. Negara tentera mencerminkan unsur-unsur totalisma (muktamad) dan pengongkongan kawalan sosial dan sememangnya mengamalkan sedikit atau tiada perutusan di antara rang undang undang dan semuanya kepada amalan kuasa politik yang berlebihan.

Rakyat yang dibendung dan dikongkong dengan kuasa di bawah Kejaraan Negara tentera akan mengalami mobiliti atau pergerakan terbatas, di mana pergerakan mereka tertakluk kepada pemantauan dan pengkuatkuasaan pihak tentera. Kawalan secara berpolitik akan diamalkan sebagai panduan dan diketatkan oleh kuasa politik di negara tersebut.

Sekarang dengan segala dukacitanya saya ingin mendedahkan bukti kenyataan ini. Sebulan yang lalu, pada tanggal 3 Ogos, pasukan tentera, telah merempuh ke sebuah Pulau di Semporna yang di namakan Pulau Pandanan Kecil dan mengarahkan semua penduduk pulau tersebut menurunkan semua Bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkibar di setiap anjung rumah mereka. Apabila penduduk pulau berkeras agar tidak menurunkan bendera tersebut, pasukan tentera dengan paksaan, menurunkan sendiri bendera-bendera tersebut.

 

 

 LAPORAN…. Semoga Menteri Pertahanan bertanggung jawab di atas keterlanjuran ini. 

 

Apabila penduduk pulau, yang kini sangat kecewa dan marah, memohon penjelasan daripada daripada pegawai pasukan tentera, siapa yang memberi arahan tersebut? Mereka hanya diberitahu bahawa arahan tersebut datangnya dari 'Bos', tanpa memberi sebarang nama. Saya berpendapat kita tidak memerlukan graduan roket saintis untuk mengetahui siapakah 'bos' yang dimaksudkan?

Read more at: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2087:perubahan-malaysia-sebagai-negara-tentera-polis&catid=35:berita-sabah&Itemid=27



Comments
Loading...