RM 37 juta : Sampai Bila Felda Mahu Menipu


By Catatan Zabidie Abas

Perkhabaran dari Ibupejabat Felda , 112,635 peneroka Felda bakal menerima RM350.00 setiap peneroka. Kata Perdana Menteri ianya sumbangan Edul Fitri.

Para peneroka nampaknya ditipu lagi. Hasil keuntungan dari carumanan-tabungan tanam semula dan penghasilan anak syarikat Felda yang berjumlah ratusan juta hanya diagihkan RM37 juta.

Itulah sikap-sifat Pengurusan Felda dan Pak Perdana Menteri, sudah kerap menipu saban hari ketagih menipu. Hasil mahsul peneroka sememangnya habuan mereka. Segala amaran Allah S.W.T dipandang enteng, angkuh mahkamah dicengkaman.

Jika peneroka mendapat RM350.00 kononnya 'duit raya', kita lihat berapa kakitangan Felda akan terima yang dianggap sebagai ang-paw raya pula. Pencatat membayangkan sekurang-kurangnya satu bulan gaji atau minima RM1,000.00.

Read more at: RM 37 juta : Sampai Bila Felda Mahu Menipu



Comments
Loading...