Hentikan Polisi Perlindungan Kereta Tempatan Dengan Mengekalkan Minyak RON 92


By GoMalaysian

Langkah kerajaan untuk memperkenalkan Minyak RON 95 untuk mengantikan RON 97 yang kian tinggi harganya bagaikan kerajaan prihatin terhadap kesusahan yang dialami rakyat Malayisa menjelang krisis ekonomi.

namum apa yang sebenarnya berlaku? Timbalan Menteri KDNnHEP, Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah berkata, tahap minimum enjin kereta (kualiti minyak) untuk kebanyankan kereta adalah minyak RON 91, ini bermakna, penggunaan minyak RON 97 yang melebihi tahap minimum enjin telah membazirkan.

Kerajaan tidak pernah mengemukakan fakta kepada rakyat supaya rakyat dapat bertukar dari minyak RON 97 kepada minyak RON 92 sebagai bahan bakar kereta mereka. Kegagalan menyedarkan rakyat mengenai fakta ini telah menyebabkan Kerajaan terpaksa membazirkan duit rakyat untuk memberikan subsidi kepada minyak RON 97. Malah rakyat juga membazirkan duit mereka untuk menggunakan minyak RON 97 dimana garganya lebih tinggi berbanding RON 92.

Ketika ramai sedang membincangkan sama ada RON 95 boleh digunakan, saya (penulis) telah memeriksa buku katalog kereta saya untuk lalu mendapati keperluan minimum untuk enjin kereta Perodua adalah minyak RON 97, selain itu, OKTANA97+ juga dilabelkan di tangki minyak kereta Perodua membuktikan enjin kereta Perodua adalah direkabentuk berdasarkan kepada minyak RON97.

Orang ramai berpendapat, semakin tingginya CC sebuah kereta bererti keretanya harus menggunakan minyak RON yang lebih tinggi, tetapi selepas menjalankan pemeriksaan keatas buku katalog kereta yang diimport mendapati, kebanyakan enjin kereta import adalah direkabentuk berdasarkan minyak RON 92 dan kebawah. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang diambil kira ketika merekabentuk sebuah enjin kereta, minyak RON merupakan salah satu faktor daripadanya. Namum kebanyakan enjin kereta adalah direkabentuk berdasarkan minyak RON yang rendah kerana bukan semua negara mempunyai minyak RON yang begitu tinggi.

Maka dengan cara itu, barulah kereta mereka dapat dijual ke kebanyakan negara dalam dunia ini.

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/hentikan-polisi-perlindungan-kereta.html



Comments
Loading...