Patutlah Anwar Dipecat, UMNO Nak Merompak Rupanya


By Kerajaan Rakyat

Pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Read more at: http://kerajaanrakyat.com/?p=8078



Comments
Loading...