Najib Perdana Menteri UMNO Terakhir


(Buletin Online) – Perdana Menteri Malaysia masakini Dato’ Seri Najib Razak merupakan orang terakhir yang akan menjawat jawatan politik tertinggi Negara itu.

Najib adalah pelengkap terakhir dalam teori RAHMAN yang popular, dimana huruf ’N’ pada awalan nama Najib merupakan abjad terakhir dalam teori tersebut.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah (gambar kiri) berkata demikian dalam ucapannya pada majlis ceramah sempena Nuzul Quran yang diadakan di Masjid Taqwa Batu Enam, disini.

”kalau kita ambik teori RAHMAN (yang) disebut-sebut orang, Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan terakhir sekali Najib,

”Najib itu yang terakhir dah lah, lepas (huruf) ’N’ itu tak ada dah lah (Perdana Menteri dari UMNO),”ujarnya.

Sebab itu katanya, selepas ini habislah UMNO dan kalau betul teori tersebut, Najib adalah Perdana Menteri terakhir.

Menurutnya, perkara tersebut bertepatan dengan situasi politik diseluruh negara hari ini dimana rakyat sudah tidak mahu kepada UMNO.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/teorirahman.jpgOleh itu, katanya, apabila UMNO kalah pada pilihanraya akan datang, orang Melayu akan beralih sokongan dan tokoh politik dari PAS akan menjadi Perdana Menteri.

”Tak adalah Perdana Menteri dari UMNO dan pada waktu itu, Perdana Menteri adalah dari kita (PAS),

”Sebab bila UMNO hancur ini, orang Melayu tidak akan kemana-mana, tentu akan sokong PAS,”jelasnya.

Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin UMNO yang mengatakan sekiranya UMNO kalah, politik orang Melayu akan terjejas.

Sebaliknya, katanya lagi, sekiranya UMNO kalah, PAS akan menjadi pengganti kepada UMNO kerana PAS juga adalah parti politik orang Melayu terbesar selepas UMNO.

Menurut beberapa pengamat politik tempatan, Teori RAHMAN wujud sejak 20 tahun yang lalu, dimana tokoh atasan UMNO khususnya kepada mereka yang berusaha untuk menjadi perdana menteri, menganggap teori ini membawa tuah.

Turut hadir dalam majlis diatas adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Timbalan Ketua Dewan Ulama’, Ustaz Abu Bakar Abdullah.



Comments
Loading...