Michael Chia, Tokoh Perniagaan BN yang Berjaya?


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

‘PENGGUBAHAN wang Haram’ seringkali dikaitkan dengan ‘Kegiatan Membiayai Keganasan’ seperti kes yang dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) dengan penangkapan Michael Chia Tien Foh pada 14 Ogos 2008 bersama $16 juta wang Singapura ketika cuba menyeludup keluar wang tersebut ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong.

'Pengubahan Wang Haram' (PWH) atau ‘money laundering' merupakan aktiviti mensabotaj ekonomi yang telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada Malaysia sehingga mendesak kerajaan mengamalkan dasar yang agak ketat bagi menangani masalah jenayah terancang ini.

PWH dikatakan amat popular di peringkat antarabangsa terutamanya golongan pengedar-pengedar dadah, pembalak haram, kongsi gelap, bookie, pemain judi dan kumpulan pengganas.

Kendatipun terdapat pelbagai undang-undang telah digubal di seluruh dunia, namun PWH semakin sukar di kawal kerana ‘penjenayah kolar putih’ ini mempunyai cara untuk menyelamatkan diri dengan rangkaian antarabangsa, melainkan yang melakukannya secara amatur seperti Michael Chia.

MODUS OPERANDI….  Michael menggunakan kaedah pelapisan untuk menggubah wang haram agar tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa  Malaysia.

PWH dikatakan berasal daripada satu kumpulan kongsi gelap/ penjenayah antarabangsa yang menggunakan duit hasil kegiatan jenayah untuk 'dilaburkan' atau 'dibersihkan' dengan menggunakan jalan-jalan yang berlandaskan undang-undang seperti menerusi aktiviti pembelian saham, stok, derivatif, futures, FOREX, insurans, pembiayaan industri/ projek yang besar, terlibat dalam sektor hartanah dan sebagainya.

Malah 'penjenayah' menggunakan wang berkenaan bagi 'membiayai' dan 'membeli' bank-bank tertentu (yang bermasalah) untuk diniagakan menerusi pelbagai skim pinjaman berfaedah termasuk segala potongan cukai bagi 'membersihkan' wang berkenaan dan mengikut 'lunas undang-undang' serta dianggap sebagai 'revenue'/hasil atau sebagai mana kata pepatah Inggeris, 'doing the wrong thing by the right way'.

PWH juga menandakan wujudnya operasi jenayah terancang (organised crime) dan transnasional kerana evolusinya amat pantas disebabkan penjenayah amat bijak menyesuaikan teknik 'pelaburan' agar sukar dikesan tambahan pula dengan adanya teknologi ICT yang mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan 'perniagaan'.

Lazimnya apabila banyak keuntungan diperolehi dari 'pelaburan' PWH, maka dengan sendirinya kemungkinan 'keuntungan' ini digunakan pula untuk membiayai aktiviti jenayah adalah tinggi.

TUHAN…. Wang ini menjadi 'Tuhan Manusia' yang disembah peniaga yang mahu cepat kaya melalui kegiatan haram, namun penguatkuasa seperti tidak berkuasa…

Proses yang dilakukan Michael Chia dinamakan ‘Proses Pelapisan’ iaitu merupakan konsep menjadikan wang haram menerusi proses pusingan pelbagai tingkat yang kompleks termasuk menyerap ke dalam sistem pengauditan.

Tujuan utama 'pelapisan' dilakukan ialah untuk 'menidak-kaitkan sejauh mungkin' wang berkenaan daripada 'sumber asalnya'. Pelapisan biasanya dilakukan dengan aktiviti simpanan dan pengeluaran secara berulang kali menerusi akaun di bank-bank offshore kerana  akaun-akaun ini melibatkan syarikat-syarikat 'kosong' yang menggunakan kaedah Electronic Funds Transfer (EFT).

Read more at: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2227:michael-chia-tokoh-perniagaan-bn-yang-berjaya&catid=40:laporan-khas&Itemid=49



Comments
Loading...