Apa Itu Akta Rahsia Rasmi (OSA)


By GoMalaysian

Official Secret Acts (British) diperkenalkan pada tahun 1911, tujuan utama undang-undang ini adalah untuk menyekat aktiviti-aktiviti perisikandari negara musuh pada masa itu. 

Namun undang-undang tersebut telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluannya dari semasa kesemasa. Namun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menahan/mengawal mereka yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang
boleh membawa kemusnahan kepada negara, terutamanya pegawai yang terlibat dalam urusan luar negara dan urusan ketenteraan.

Akta Rahsia Rasmi (OSA) dari Malaysia digubal berasalkan Official Secret Acts dari British, namun penggunaan dan pelaksanaan OSA adalah jauh lebih luasjika dibandingkan dengan Official Secret Acts dari British.

Sehinggahari ini, kerajaan tidak penah dan tidak bercadang untuk memperjelaskan penggunaan dan pelaksanaan Akta Rahsia Rasmi (OSA), keadaan ini telah menyebabkan sebarang dokumen kerajaan boleh diklasifikasikan sebagai rahsiah atau tidak oleh pihak yang berkaitan secara suka hati mereka. Pihak yang berkaitan adalah seperti Menteri, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri malah sebarang pegawai kerajaan.

Masalah ini agak serious sehingga seseorang pemberita boleh didakwa dibawah OSA walaupun dia hanya melaporan terdapat bilangan cawan yang wujud dalam pejabat menteri, seperti yang tertulis dalam tulisan Zhuan Di Jun pada tahu 1987.

Akta yang tidak dikawal ketat dan tidak telus ini telah mencabul hak rakyatuntuk mengetahui sesuatu perkara. Selain itu, ia juga dijadikan sebagaialat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menutup sesuatu isu.

Walaupun para pemimpin negara selalu mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, namun Akta tersebut telah disalahgunakan oleh mereka untuk menyekat pembongkaran sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan menyekat prinsip kebebasan bersuara. Hal ini terbukti apabila kerajaan dan pihak polis telah menyiasat laman web Malaysia Today dengan akta tersebut. Malaysia Today telah mengemukukan sepucuk surat dimana surat itu telah membongkarkan kegiatan dan juga maklumat penjualan tanah di Port Klang Free Zone (PKFZ).

Read more at: http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/akta-rahsia-rasmi-osa.html



Comments
Loading...