Dato Rahim Bakar dalam kenangan
Apakah satu satu nya ingatan yang kebanyakan dari kami, jenerasi immediately selepas Dato Rahim Bakar ada tentang beliau? Dalam tahun2 akhir 70an, saya baru hendak memasuki university Malaya.
Rahim Bakar ketika itu sudah pun jadi menteri Besar Pahang. Memory yang terpahat dalam ingatan kami dan memberi impression kepada pelajar pelajar university ialah Rahim Bakar adalah jebat moden.
Kehadiran Rahim Bakar dalam senario politik Pahang yang di ramaikan dengan tokoh tokoh yang melihat tugas wakil rakyat dan ahli politik sebagai suatu kerjaya yang hanya untuk mengisi masa dengan keraian dan suka ria, tentulah mengjengkilkan Rahim Bakar yang berperwatakan ' a man in a hurry'. Terlalu banyak perkara yang di lihatnya perlu di tukar. Working ethics sang wakil rakyat, cara negeri memantau pengurusan syarikat syarikat milik kerajaan dan yang terlebih penting, bagaimana kerajaan negeri menjalankan amanah mengurus harta benda milik rakyat.